Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 July 2020 / 22 Zulkaedah 1441
Tetapan

PENGENALAN

Pusat Asasi Pertahanan (PAP) berperanan utama sebagai pusat penyaluran (feeder) kepada pelbagai program Ijazah Sarjana Muda di UPNM iaitu dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Pengurusan dan Perubatan. Pelajar PAP juga diberi peluang mempelajari beberapa aspek ketenteraan bagi memantapkan sahsiah mereka sebagai sumber tenaga yang berwibawa untuk mendukung pentadbiran negara.

PAP menawarkan 3 Program Asasi iaitu Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, Asasi Pengurusan dan Strategi dan Asasi Perubatan. Sistem 2 semester yang dijalankan merangkumi dua semester akademik lazim. Pelajar yang mengikuti program pengajian di UPNM terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu pelajar kadet yang mendapat tajaan Kementerian Pertahanan dan pelajar awam.

Facebook:Pusat Asasi Pertahanan UPNM

Instagram: pap_upnm

Tarikh Kemaskini: 19 Jun 2020