Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 August 2020 / 19 Zulhijjah 1441
Tetapan

HEBAHAN PELAJAR BAHARU

Tahniah diucapkan kepada saudara-saudari yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Pusat Asasi Pertahanan (PAP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kehadiran saudara-saudari ke PAP UPNM sangat dialu-alukan.


Informasi Pelajar

1.

Pengaktifan emel Al-Fateh

Admin emel Al-Fateh akan menghantar emel User ID dan kata laluan sementara ke emel peribadi yang pelajar berikan sewaktu hari pendaftaran pelajar baharu.
http://mail.upnm.edu.my
Rujuk ke Tatacara Pengaktifan Emel Al-Fateh (di dalam surat e-tawaran)

2.

Penggunaan Portal eLearning UPNM

https://elearningv2.upnm.edu.my
Rujuk ke Garis Panduaan Umum Penggunaan Platform eLearning UPNM (di dalam surat e-tawaran)

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan penggunaan eLearning di UPNM, sila hubungi HelpDesk:

Penyelaras eLearning UPNM : Ts.Dr. Norshahriah shahriah@upnm.edu.my
Pegawai Tadbir : En. Mohd Afiq mohdafiq@upnm.edu.my


3.

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Penilaian

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Penilaian untuk pelajar-pelajar Asasi kemasukan 2020/21 dijangkakan adalah dalam talian. Taklimat dan bimbingan akan diberikan sebelum kuliah bermula.

  • Taklimat kaedah pelaksanaan PdP dan Penilaian akan diberikan secara dalam talian atau "on-line" melalui video rakaman. Bahan-bahan yang berkenaan akan dimuatnaik ke portal e-learning UPNM.


4.

Penasihat Akademik

  • Setiap pelajar bakal menerima seorang pensyarah yang berperanan sebagai Penasihat Akademik. Penasihat Akademik akan laksanakan sesi bimbingan dan penasihatan sepanjang sesi akademik 2020/21.
  • Pemakluman nama penasihat akademik akan dibuat pada minggu Perkasa Jati Diri .

Tarikh Kemaskini: 02 Julai 2020