![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ditubuhkan pada 10 November 2006 selaras dengan misi Universiti komited ke arah mencapai kecemerlangan sebagai Universiti Pertahanan unggul untuk kepimpinan dan pembangunan profesional, pengembangan pengetahuan dan aplikasi sains dan teknologi pertahanan serta polisi penyelidikan. Berteraskan prinsip tersebut, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) akan memastikan bahawa bidang akademik dan latihan ketenteraan seimbang supaya kecemerlangan dapat dicapai bagi mengharumkan nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di mata dunia.
Untuk makluman, Laman Web rasmi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) sedang dalam proses penyelengaraan.