Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
28 April 2017 / 2 Syaaban 1438
Tetapan

KATA ALUAN KOMANDAN ALK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, website bagi Akademi Latihan Ketenteraan dizahirkan dengan jayanya.

Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) adalah merupakan satu organisasi yang menguruskan hal-hal ketenteraan serta melatih Pegawai Kadet dan PALAPES UPNM. Di sinilah kehidupan seorang pegawai kadet dilatih dan dibimbing oleh jurulatih yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk sahsiah dan jati diri pegawai kadet itu menjadi Intelectual Leaders of Character. ALK juga berperanan dalam mengeluarkan seorang pegawai tentera yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan budaya tentera selaras dengan wawasan dan misi ALK. Sebagai sebahagian tonggak utama kepada UPNM, ALK berperanan untuk membantu universiti mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang dalam membentuk universiti ini menjadi universiti yang unik atau Boutique University.

Adalah diharapkan dengan adanya website ini, maka banyak maklumat berkenaan ALK dapat disampaikan. Sebarang maklumbalas, pandangan atau cadangan daripada para pengunjung website ini adalah amat dialu-alukan bagi menambah baik website ini.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua staf dan jurulatih ALK yang sentiasa bekerja keras dalam membantu ALK menjadi satu ketumbukan yang cemerlang. ILMU TERAS KEPIMPINAN

BRIG JEN RAJA AHMAD IKRAM BIN RAJA OTHMAN TUDM

Tarikh Kemaskini: 17 April 2017