![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
Semua warga Fakulti perlu mempunyai akauntabiliti yang jitu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan kepada visi dan misi Fakulti.
Semua warga Fakulti mestilah bekerja dengan penuh beramanah dan keikhlasan agar dihormati dan diiktiraf oleh semua pihak samada dalam dan luar Fakulti.
Sentiasa menerapkan dan mengamalkan budaya dan nilai murni dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan.
Semangat berpasukan penting dalam mencapai matlamat fakulti di samping mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan saling menghormati.
Dalam memastikan kesinambungan budaya kerja yang cemerlang, keazaman dan dedikasi yang tinggi menjadi pemangkin dalam menyemarakkan kesarjanaan di kalangan komuniti Fakulti.
Budaya berbakti kepada pelajar, organisasi dan masyarakat hendaklah diamalkan oleh warga Fakulti untuk mempertingkatkan imej Fakulti.
Hasil penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti dapat meningkatkan imej Fakulti di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.
Dalam usaha membentuk imej yang tersendiri sesuai dengan kerancakkan perkembangan teknologi, usaha yang berterusan untuk menguasai teknologi harus dijadikan budaya kerja sebagai usaha meningkatkan kecemerlangan semua warga Fakulti.