Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

SISTEM PENASIHAT AKADEMIK

Pengenalan

Program Penasihatan Akademik (PA) telah diperkenalkan di UPNM sejak dari masa ATMA iaitu pada tahun 1994. Oleh sebab Fakulti mempercayai bahawa sistem PA dapat membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik di samping mengukuhkan keperibadian mereka, maka program PA diperteguhkan dengan menyediakan garis panduan bagi PA mengikutinya dan dijalankan secara formal dan teratur.

Rasional

Tugas PA bukan sahaja setakat menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar tetapi lebih daripada itu. PA hendaklah memperlengkapkan diri mereka dengan latihan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dapat membantu mereka dalam proses PA ini.

Walaupun andaian mengatakan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi telah dewasa dan berupaya mendorong diri, mereka adalah golongan muda yang masih memerlukan bimbingan dan panduan orang dewasa untuk mengambil berat tentang diri mereka. Kepelbagaian cabaran dalam hidup di peringkat awal dewasa telah menyediakan pelajar dengan tekanan dan desakan yang menguji keupayaan mereka. Dalam suasana pembelajaran yang mencabar dan kompetitif, pelajar telah terdedah dengan pelbagai maklumat yang sudah tentu memerlukan kebijaksanaan mereka untuk memilih maklumat yang berguna. Sistem PA boleh membantu dalam proses pemilihan tersebut. Pelajar pada masa kini bukan sahaja menghadapi masalah berkaitan akademik tetapi juga menghadapi masalah yang terbit dan berpunca daripada faktor luaran.

Oleh itu pelajar masih memerlukan panduan dari individu yang lebih berpengalaman untuk mendorong dan membimbing mereka. Ini merupakan satu cara yang boleh dilakukan melalui program PA yang teratur. Pensyarah diminta menjadi PA dengan bertanggungjawab terhadap sebilangan pelajar dalam program mereka.

Objektif Program PA

Perjumpaan PA

Untuk memastikan sistem PA ini berjalan dengan teratur, pensyarah perlu menetapkan hari dan masa perjumpaan PA dengan pelajar. Dengan ini pelajar dapat berjumpa secara berkumpulan dengan PA sekurang-kurangnya sekali sebulan. Walaupun perjumpaan PA ditetapkan, pelajar perlulah mengambil inisiatif datang berjumpa dengan PA untuk berbincang mengenai isu atau masalah peribadi, akademik atau hal-hal lain, sama ada secara individu atau kelompok.

Pihak Fakulti telah menyediakan beberapa borang yang perlu diisi oleh PA seperti Borang Laporan Perjumpaan Penasihat Akademik-Pelajar dan Borang Aduan Pelajar. Sekiranya pelajar mengemukakan sebarang isu yang perlu diambil tindakan oleh Fakulti, maka PA akan mengisi Borang Aduan Pelajar untuk dihantar kepada pihak pengurusan supaya tindakan segera dapat diambil.

Bidang Tugas PA dan Pelajar

Sebagai panduan PA dan pelajar, pihak pengurusan telah menyediakan senarai tugas bagi PA, pelajar dan pihak pengurusan seperti jadual di bawah.

Tugas PA Pelajar

Akademik

  • Prihatin terhadap perkembangan pelajar (kehadiran kuliah, prestasi akademik dan perancangan akademik)
  • Bertanggungjawab menyerahkan slip keputusan kepada pelajar.
  • Rujukan maklumat bagi Lembaga Pemeriksa dan Lembaga Rayuan Fakulti.
  • Perantara antara pelajar dan pihak pengurusan universiti/fakulti.
  • Memberi dan memastikan borang berkaitan diisi oleh pelajar.
  • Menjadi referee kepada pelajar.
  • Bertanggungjawab berjumpa PA apabila menghadapi masalah pembelajaran dan perancangan akademik serta masalah peribadi.
  • Berjumpa dengan PA untuk mengambil slip keputusan peperiksaan.
  • Wajib hadir Hari PA.

Kerjaya

  • Menjelaskan prospek dan pemilihan kerjaya yang bersesuaian.
  • Pelajar digalakkan menemui PA dalam hal berkaitan kerjaya dan perancangan masa hadapan

Pembangunan Sahsiah

  • Menjadi rujukan kepada Pejabat Dekan dalam kes disiplin pelajar.
  • Membantu pelajar menangani cabaran peribadi dengan berkesan.
  • Memaklumkan kepada pelajar kursus/ program/ aktiviti pembangunan sahsiah.
  • Merujuk masalah pelajar kepada individu/ kaunselor yang sesuai atas persetujuan pelajar.
  • Pelajar digalakkan berbincang dengan PA sekiranya memerlukan bantuan dalam masalah peribadi.
  • Bersedia untuk belajar mengubah sikap dan tingkah laku agar lebih positif.
Tarikh Kemaskini: 19 November 2009