Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
14 December 2017 / 25 Rabiul Awal 1439
Tetapan

PUSAT PENYELIDIKAN PERTAHANAN KIMIA (CHEMDEF)

Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia (CHEMDEF)


VISI

Menjadi sebuah Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia dalam konteks pertahanan dan keselamatan serantau yang terkemuka.

MISI

Menjalankan aktiviti penyelidikan, pendidikan dan latihan dalam bidang pengesanan dan penyediaan penawar bagi senjata kimia dan bahan kimia berbahaya bagi memenuhi keperluan negara dan serantau.

PERANAN

CHEMDEF berperanan:

1. Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan teknologi mengesan dan meneutralkan agen-agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya.

2. Menjadi pusat pendidikan untuk menyemai kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai bahaya senjata kimia dan bahan kimia berbahaya serta langkah-langkah pencegahan dan perlindungan yang bersesuaian; dan

3. Membantu kerajaan dan agensi-agensi lain sebagai pusat rujukan untuk menyediakan maklumat dan pengetahuan berkenaan senjata kimia dan bahan kimia berbahaya serta membangun polisi pertahanan terhadap senjata kimia dan bahan kimia berbahaya.

4. Mendukung usaha pelaksanaan kerja-kerja penyelidikan serta pembangunan teknologi dan penyebaran pengetahuan dalam bidang pennggunaan bahan-bahan biologi, nuklear, radiologi dan letupan sebagai senjata ataupun agen serangan terhadap manusia dan alam semesta.

HUBUNGI KAMI

Lt Kol Prof. Dr Victor Feizal bin Abd Shatar (Bersara)
Pengarah CHEMDEF
Tel : 03-9051 3400 (samb. 1073)
Faks : 03-9057 4361
Emel : victor.feizal@upnm.edu.my