9 Okt 2023 - Perbincangan UPNM dengan Syarikat Mindmatics Sdn. Bhd. yang telah memperolehi kontrak perkhidmatan dari Kementerian Pertahanan melebihi daripada nilai ambang bagi mencetus program kolaborasi industri. Perbincangan telah dipengerusikan oleh Dato’ Dr Junaidah Kamarruddin (PNC JIPK) dan turut dihadiri oleh Kol Prof Dr Khairol Amali (PNC PI) serta En Mohd Suhaimi b Yusoff (Pengurus) dari  wakil syarikat.

Perbincangan melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat bersama dan berpanjangan seperti penyelidikan dan inovasi, geran penyelidikan, peluang pembelajaran untuk pekerja syarikat dan jangka projek.