Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 December 2017 / 24 Rabiul Awal 1439
Tetapan

BAHAGIAN GOVERNAN DAN PERUNDANGAN

Bahagian Governan dan Perundangan


PENGENALAN

Bahagian Governan dan Perundangan merupakan sebuah bahagian di bawah Pejabat Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pada masa kini bahagian ini telah dipertanggunjawabkan untuk mengendalikan urusan-urusan yang berhubung dengan perundangan.

Visi


Menjadikan Bahagian Governan dan Perundangan sebagai sistem yang menjalankan tadbir urus Universiti mengikut peruntukan undang – undang.

Misi


Memastikah hal ehwal tadbir urus Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan membuat keputusan berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Peranan

Bahagian ini berperanan untuk memberikan nasihat perundangan secara bertulis dan lisan kepada Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, dan Pihak Berkuasa Universiti dalam semua hal ehwal perundangan mengenai pengurusan universiti, kakitangan, pelajar dan pengendalian kampus universiti. Bahagian ini juga berperanan membantu Universiti dalam melaksanakan urusan pentadbiran dengan teratur dan mengikut lunas-lunas dan peruntukan undang-undang.

Fungsi


Fungsi-fungsi utama Bahagian Governan dan Perundangan, Pejabat Naib Canselor UPNM
adalah seperti berikut:

  1. Bahagian Governan dan Perundangan secara umumnya menggubal perundangan yang berkuatkuasa di Universiti mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 melalui fasa pindaan oleh Parlimen, setelah Perlembagaan Universiti dipinda
  2. Seterusnya subsidiari perundangan lain juga dipinda seperti Statut, Kaedah-Kaedah, Peraturan-Peraturan. Pada masa kini Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar telah dipinda dan menunggu untuk pewartaan jika tiada apa-apa pindaan lain oleh Jabatan Peguam Negara (Bahagian Gubalan). Peraturan Majlis Perwakilan (MPP) telah selesai digubal.

Piagam Pelanggan


Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berdedikasi dan mengikut undang-undang, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa;

  1. Memberi nasihat undang-undang kepada Universiti yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Malaysia dan Perlembagaan UPNM dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap;
  2. Menggubal dan menyemak dokumen perundangan seperti dokumen kontrak, surat cara perundangan dan memorandum persefahaman dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Governan dan Perundangan
Pejabat Naib Canselor
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur
Tel : +603 - 9051 3400/3539/3589/762 2599
Faks : +603 - 9057 4361

BAHAGIAN GOVERNAN DAN PERUNDANGAN
Puan Zunika binti Sulaiman
L48 - Pegawai Undang Undang
Tel : 03-9051 3400 (samb. 7622599)
Faks : 03-9057 4361
Emel : zunika@upnm.edu.my

Puan Nur Hidayah binti Zakaria
L41 - Pegawai Undang Undang
Tel : 03-9051 3400 (samb.3539)
Faks : 03-9057 4361
Emel : hidayahzakaria@upnm.edu.my

Puan Nur Fatihah binti Ab Patah
N19 - Pembantu Tadbir (P/O)
Tel : 03-9051 3400 (samb. 3589)
Faks : 03-9057 4361
Emel : nurfatihah@upnm.edu.my

Tarikh Kemaskini: 20 November 2017