Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

BAHAGIAN AUDIT DALAM

UPNM & UAD

Bahagian Audit Dalam, Pejabat Naib Canselor


VISI

Menjadi entiti dan penyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan tadbir urus universiti.

MISI

Komited dalam melakukan pemeriksaan dan penilaian audit secara bebas dan berobjektif ke arah meningkatkan kualiti tadbir urus di semua lapisan pengurusan.

PERANAN

  1. Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas yang memeriksa, mengkaji, menganalisa, menyiasat, menilai keberkesanan, kecekapan dan ekonomiknya sesuatu aktiviti serta memberi kepastian secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi universiti. Audit Dalam membantu universiti mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dengan menilai keberkesanan kawalan kearah proses tadbir urus yang baik.

  2. Audit Dalam berperanan memberi khidmat perundingan dan nasihat kepada universiti secara professional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan serta keberkesanan sistem kawalan dalaman untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian adalah mencukupi;

  3. Audit Dalam melaksanakan peranan sebagai urus setia bagi Jawatankuasa audit universiti dan juga sebagai ahli Jawatankuasa-jawatankuasa yang dibenarkan di bawah pekeliling/peraturan yang ditetapkan;

  4. Audit Dalam juga berperanan menjalankan siasatan yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif berkaitan aduan/siasatan khas.
  5. Peranan, bidang tugas dan tanggungjawab IAD juga diperjelaskan lagi di dalam Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia bertarikh 21 Julai 1998 yang bertajuk “Garis panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan”

HUBUNGI KAMI

Bahagian Audit Dalam
Pejabat Naib Canselor
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur
Tel : +603 - 9051 3400/3016/3015
Faks : +603 - 9057 4361

Tuan Azlina binti Tuan Hussin
W44 - Ketua Bahagian Audit Dalam
Tel : 03- 90513016
Faks : 03- 90576514
Emel : tazlina@upnm.edu.my

Encik Ahmad Shafie Rahim bin Abd. Hanan C.A(M), AIIA
W41 - Juruaudit Dalam
Tel : 03- 90513024
Faks : 03- 90576514
Emel : ahmadshafie@upnm.edu.my

http://admin.upnm.edu.my/demo/upfiles/dm88_1299.jpg

Cik Nurul Azmiza binti Ab. Jalil
W41 - Juruaudit Dalam
Tel : 03- 90513015
Emel : azmiza@upnm.edu.my

Cik Nur Atikah binti Ariffin
W17 - Pembantu Tadbir (Kewangan)
Tel : 03- 90513015
Emel : azmiza@upnm.edu.my