Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 August 2019 / 23 Zulhijjah 1440
Tetapan

PERANAN PEJABAT NAIB CANSELOR

PENGENALAN

Pejabat Naib Canselor secara umumnya menjalankan fungsi dan peranan sebagai pejabat pentadbiran Naib Canselor selaku Ketua Eksekutif Universiti yang bertanggungjawab memastikan segala perancangan, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dan selari dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui pemegang taruh (stakeholders) Universiti iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

FUNGSI UTAMA

Fungsi-fungsi utama Pejabat Naib Canselor UPNM adalah seperti berikut:

  1. Sebagai pejabat utama yang membantu memudahkan segala urusan Naib Canselor dalam menjalankan fungsi eksekutif dan pentadbirannya;
  2. Membantu Naib Canselor dalam memastikan kualiti yang tinggi, cekap dan efektif dalam bidang tadbir urus, pengauditan dalaman, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, pembangunan staf, kerja perundingan, perkhidmatan,pembangunan prasarana, dan pendidikan berterusan di Universiti;
  3. Membantu Naib Canselor dalam memastikan tiap-tiap pusat tanggungjawab bertindak di bawah bidang kuasa yang telah ditetapkan kepadanya berlandaskan Akta, Perlembagaan, Statut-Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan yang berkuatkuasa;
  4. Membantu Naib Canselor memantau pematuhan setiap pelaksanaan dasar, secara cekap dan beramanah;
  5. Memastikan pengurusan yang cekap dan berdedikasi sentiasa diutamakan dalam membantu pusat tanggungjawab lain dari pelbagai aspek;
  6. Bertanggungjawab manjaga kerahsiaan,integriti dan akauntabiliti maklumat yang berkaitan universiti;
  7. Menguruskan dua (2) mesyuarat utama Universiti iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

PUSAT - PUSAT DI BAWAH PENTADBIRAN PEJABAT NAIB CANSELOR

Selain itu, Pejabat Naib Canselor juga menaungi dan menjalankan fungsi pengurusan pejabat-pejabat di bawah pentadbiran Pejabat Naib Canselor seperti berikut:

1. Pejabat Naib Canselor

2. Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS)

3. Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)

4. Pusat Islam

5. Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi

6. Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD)

7. Bahagian Governan dan Perundangan

8. Bahagian Audit Dalam

9. Unit Integriti

10. Pusat Wakaf UPNM

11. Pusat Pengurusan Projek

Tarikh Kemaskini: 11 Februari 2019