Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

MEQAR

MEQAR (Pendidikan Perubatan dan Jaminan Kualiti)

PENGENALAN

Kebanyakan fakulti perubatan yang melaksanakan kurikulum inovatif, terutamanya yang berasaskan masalah (PBL), mempunyai jabatan atau unit pendidikan perubatannya sendiri untuk membimbing dan memudahkan inovasi kurikulum serta pembangunan pensyarah. Di Malaysia, tiga fakulti perubatan kini mempunyai Jabatan Pendidikan Perubatan yang agak besar, yang mana program inovatif mereka sukar untuk berkembang mekar tanpa kemudahan dan kemahiran pendidikan tersebut. Kini UPNM juga menurut jejak mereka memandangkan kita sudah bertekad untuk menjadi salah satu universiti bertaraf dunia di rantau Asia Tenggara ini dengan menggunakan kurikulum yang unik. Kurikulum unik ini bersifat militari dan berasaskan-subjek yang diatur menurut sistem tubuh. Sinkronisasi subjek menurut sistem begini membolehkan penerapan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) untuk mementingkan kaedah belajar yang lebih menggunakan pemikiran daripada penghafalan. Oleh itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) di UPNM telah mengwujudkan satu jabatan pendidikan bergelar MEQAR (Medical Education and Quality Assurance/ Pendidikan Perubatan dan Jaminan Kualiti). Mekar atau layunya MEQAR akan bergantung kepada sumber fakulti yang paling penting – iaitu sumber manusianya dari segi bilangan, kemahiran dan sikap mereka.

VISI

Menjadi suatu pusat kecemerlangan untuk pendidikan dalam bidang Sains Perubatan dan Kesihatan (Medical and Health Sciences / Sains Perubatan dan Kesihatan).

MISI

Untuk menerap kualiti dan suatu budaya kecemerlangan dalam bidang Sains Perubatan dan Kesihatan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).

MATLAMAT & STRATEGI

Untuk melaksanakan semua berikut menjelang 2020:

  1. Menjalankan latihan pengajar spt kursus pendek, bengkel, seminar secara berkala.

  2. Menjalankan kursus pembangunan untuk pelajar (iaitu kursus PPD/ Personal & Professional Development) untuk program pendidikan dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Kesihatan.

  3. Mempromosi PBL (MEQAR memainkan peranan sebagai penasihat/ pakar rujuk dalam penyediaan pakej-pakej PBL dan dalam latihan fasilitator).

  4. Memainkan peranan pakar dalam khidmat nasihat/ rujukan dalam bidang pendidikan Sains Perubatan dan Kesihatan untuk seluruh fakulti. (Peranan ini tidak merangkumi aspek-aspek pentadbiran, penyelidikan dan pembangunan atau khidmat rutin, kecuali kes atau situasi tertentu yang boleh dijustifikasikan).

  5. Menjalankan aktiviti jaminan kualiti dalam semua aspek pendidikan Sains Perubatan dan Kesihatan terutamanya kepada aspek mengajar-belajar dan penilaian pelajar (termasuklah penyediaan pelbagai jenis borang-Q atau Q-forms/ Q-instruments, dsb)

  6. Berfungsi sebagai suatu Unit Penyelidikan & Pembangunan (R&D).

STRATEGI

  1. Untuk memastikan MEQAR diperteguhkan dengan sumber yang mencukupi, dari segi sumber manusia dan infrastruktur teknikal.

  2. Untuk menambah staf yang berijazah dalam pendidikan Sains Perubatan dan Kesihatan dengan melatih pengajar muda.

  3. Untuk menubuhkan Unit Khidmat Teknikal (staf teknikal, kemudahan APD/ peralatan, percetakan, dsb) dalam pendidikan Sains Perubatan dan Kesihatan.

  4. Untuk menjalankan aktiviti pembanguan staf (seperti bengkel, seminar, kuliah, dsb)

  5. Untuk menawarkan Diploma dalam Pendidikan Perubatan (DipMedEd).

  6. Untuk menubuhkan kumpulan R&D dengan penyelidikan/ geran projek.

PENYELIDIKAN

  1. Merangkumi isu-isu pendidikan (bukan biomedik)

  2. Dalam peringkat awal, penyelidikan akan melibatkan kajian rutin kecil-kecilan saja untuk tujuan pengumpulan data, yang boleh dinaiktaraf kepada kajian yang lebih besar kemudiannya jika perlu.

  3. Skop:

Ini adalah kajian-kajian kecil untuk mengumpul data sebagai bukti perlunya perubahan. Kebanyakannya akan merangkumi Kajian-Q dan/ atau audit (maklumbalas daripada pelajar dan pengajar) untuk penambahbaikan berterusan. Untuk tujuan ini, MEQAR bekerjasama rapat dengan Bahagian Akademik Pejabat Dekan, di bawah kepimpinan Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar.

MEQAR juga menggalakkan pensyarah untuk menjalankan kajian-kajian pendidikan kecil misalnya Inovasi dalam Strategi Mengajar-Belajar dan Penilaian Pelajar, PBL, Wayang sebagai suatu alat Mengajar-Belajar, Humor dalam Pendidikan, Cara-cara Belajar, Pengurusan Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Penyelesaian Masalah, Etika, Komunikasi dalam Penjagaan Kesihatan, Impak Pendedahan Awal Klinikal, dsb, selain projek-projek biomedik yang akan mereka lakukan dalam bidang biomedik masing-masing.

PEMBANGUNAN

Fungsi ini merangkumi pembangunan program dan pendidikan staf.

Skop aktiviti akan meliputi:

  1. pembangunan program baru (prasiswazah, pascasiswazah, dan pendidikan perubatan berterusan/ CME)

  2. semakan semula/ pembaharuan program

  3. inovasi dalam kaedah mengajar-belajar misalnya pembelajaran kendiri (SDL) dan PBL, pakej belajar sendiri (SLP), e-pembelajaran, dsb

  4. jaminan kualiti/ QA (misalnya penapisan soalan peperiksaan, analisis pelbagai aspek peperiksaan, audit subjek/modul, pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan, prestasi pelajar dalam peperiksaan, dsb)

  1. Berterusan: PPD iaitu latihan sambil bekerja melalui: seminar, bengkel, pembentangan & perbincangan audit, kelab jurnal, dsb

  2. Jangka Panjang: kursus formal dalam pendidikan Sains Perubatan dan Kesihatan misalnya diploma, sarjana.

(Aspek pengurusan pembangunan staf misalnya untuk persidangan, penempatan dan biasiswa pascasiswazah BUKAN di bawah bidangkuasa MEQAR – ini di bawah Pejabat Dekan atau Pendaftar)

  1. Menjalankan kursus PPD (Personal dan Professional Development) untuk pelajar perubatan, yang mana isi kursus ini diselitkan di sepanjang program.

  2. Sistem Mentor-Mentee (SMM/ MMS) berkait rapat dengan sesi kumpulan kecil (SKK/ SGS) PPD semasa slot RENUNGAN/ REFLECTION yang dipertanggungjawabkan ke atas MEQAR. Garis panduan aktiviti dan dokumentasi bagi sesi RENUNGAN disediakan untuk kedua-dua pelajar dan mentor.

  3. Peralatan/ kemudahan kaunseling akan diteruskan seperti biasa.

(Aspek pentadbiran dan disiplin bagi pembangunan pelajar BUKAN di bawah tanggungjawab MEQAR).

ORGANISASI

Buat masa sekarang, 9 jawatankuasa/ aktiviti pendidikan adalah di bawah tanggungjawab MEQAR seperti yang tercatat di dalam carta organisasi di atas tetapi MEQAR hanya ada 4 staf akademik (termasuk 2 lantikan bersama) dan 1 staf teknikal. Untuk menampung aktiviti di atas, MEQAR memerlukan lebih ramai staf demi kepentingan masa depan MEQAR.

Dewasa ini, khidmat teknikal amat terhad (kekurangan staf) dan menjurus kepada percetakan, fotokopi, pengimbasan, laminasi, binding, fotografi, dan rakaman video.

ASPIRASI

Seperti mana-mana jabatan atau pusat yang baru, MEQAR menaruh harapan yang tinggi untuk melihat visinya menjadi realiti sebagai suatu pusat kecemerlangan dalam pendidikan Sains Perubatan dan Kesihatan dengan sokongan staf dan kemudahan yang memekarkan lagi hala tuju MEQAR.

Maklumat untuk dihubungi:
MEQAR
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-90513400 samb 3050
Faks: +603 9051 3042
E-mel: edariah@gmail.com

Ketua Unit
Prof Dr Edariah Abu Bakar
Tel: +603-90513400 samb 3050
E-mel: edariah@gmail.com

Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2015