Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
14 December 2017 / 25 Rabiul Awal 1439
Tetapan

FISIOLOGI

PENGENALAN

Unit Fisiologi mula ditubuhkan pada tahun 2011 bersama-sama dengan Unit Anatomi dan Unit Biokimia sebagai antara unit paling awal di Fakulti Perubatan dan kesihatan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pada awalnya, ia mempunyai hanya seorang staf akademik untuk memulakan kursus fisiologi kepada kumpulan pertama pelajar-pelajar perubatan di semester satu. Terkini di semester 2, beban pengajaran dikongsi bersama dengan kehadiran seorang lagi ahli akademik. Peranan jabatan yang utama adalah untuk memberikan asas fisiologi yang kukuh kepada pelajar dengan menggunakan berbagai strategi pengajaran-pembelajaran seperti kuliah, tutoran, amali, pembelajaran berasaskan komputer (CAL), pembelajaran berasaskan masalah (PBL), pakej pembelajaran sendiri (SLP) dan lawatan sambil belajar. Pemahaman konsep-konsep fisiologi yang mantap sangat diperlukan pada pelajar untuk mereka meneruskan pembelajaran dengan berkesan di tahun klinikal nanti. Aplikasi fisiologi akan menjadi lebih menyerlah apabila pelajar mula mempelajari subjek-subjek klinikal termasuklah perubatan sukan, trauma dan bantuan hayat serta berbagai aspek perubatan ketenteraan seperti perubatan angkasa, perubatan laut, dan perubatan medan peperangan. Kewujudan infrastruktur seperti dewan seminar/peperiksaan, makmal serbaguna, bilik-bilik perbincangan kumpulan kecil, makmal kemahiran klinikal dan muzium yang kesemuanya serba lengkap adalah untuk membantu pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran yang selesa.

Maklumat untuk dihubungi:
Unit Fisiologi
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-90513400 samb 1019
Faks: +603 9051 3042

Pensyarah Kanan
Dr Brinnel Annette Caszo
Tel: +603-90513400 samb 1018
E-mel: brin_gnanou@yahoo.co.in

Tarikh Kemaskini: 03 Jun 2015