Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
14 December 2017 / 25 Rabiul Awal 1439
Tetapan

BIOKIMIA

PENDAHULUAN


Unit Biokimia di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2011. Ia terletak di tingkat pertama Bangunan Perwira bersebelahan dengan bangunan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan di Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Walaupun unit ini baru, kakitangan akademiknya berpengalaman dalam mengajar pelajar-pelajar perubatan di kedua-dua jenis kurikulum perubatan iaitu tradisional dan bersepadu. Ini memudahkan implementasi serta menambah baik kualiti kurikulum ‘subject based system synchroniced’ yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran di fasa satu program MD.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Unit Biokimia dijalankan dengan menggunakan kemudahan moden yang dikongsi (bersama Unit Anatomi dan Unit Fisiologi) di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan. Ini termasuk bilik kuliah dengan persekitaran yang kondusif, makmal pelbagai disiplin yang dilengkapi alat radas moden bagi pelajar-pelajar perubatan untuk melaksanakan amali biokimia serta bilik tutorial untuk pengajaran dan pembelajaran kumpulan kecil. Pada masa ini, Unit Biokimia komited dengan pengajaran biokimia perubatan kepada kumpulan perintis seramai 47 orang pelajar perubatan (kadet dan awam) tahun satu yang telah mendaftar untuk program MD selama 5 tahun. Kandungan teori dan amali subjek biokimia telah dikemaskini supaya ia dapat mengukuhkan pengetahuan asas yang begitu penting bagi kefahaman pembelajaran semasa di fasa klinikal.

AKTIVITI PENYELIDIKAN

Kini, Unit ini adalah dalam peringkat perancangan untuk menubuhkan Makmal Penyelidikan. Makmal ini akan dilengkapi dengan peralatan analisis kimia klinikal yang termoden. Penubuhan kemudahan seperti ini akan membolehkan pelancaran program pasca siswazah dalam bidang Biokimia Perubatan tidak lama lagi. Seiring dengan perancangan penubuhan makmal terbaru ini, ahli akademik telah terlibat dalam penyelidikan bersama dengan Universiti lain yang berjudul: Kinetik asid amino dan mekanisme molekul tindakan leptin. Kajian ini dibiayai oleh Agensi Kerajaan. Kepentingan penyelidikan yang lain di Unit ini adalah mengenai peranan antioksidan, makro- dan mikronutrien dalam kesihatan dan penyakit.

VISI DAN MISI

Unit Biokimia sedang menuju ke arah pencapaian pengajaran berkualiti dan penyelidikan cemerlang yang mana akan menyumbang kepada pencapaian visi dan misi Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Maklumat untuk dihubungi:
Unit Biokimia
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-90513400 samb 1021
Faks: +603 9051 3042
E-mel: alaudeen@upnm.edu.my

Ketua Unit
Prof Dr Shaik Alaudeeen Bin Mohd Moktar
Tel: +603-90513400 samb 1021
E-mel: alaudeen@upnm.edu.my

Pensyarah
Prof Madya Dr Justin Vijay Gnanou
Tel: +603-90513400 samb 1018
E-mel: justin@upnm.edu.my

Tarikh Kemaskini: 26 Mac 2012