Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

ANATOMI

Unit Anatomi telah ditubuhkan pada tahun 2011 bersama-sama dengan Unit Fisiologi dan Biokimia dan merupakan salah satu unit asas sains perubatan yang terawal di Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Objektif program ini:

Program ini bertujuan melahirkan doktor tentera yang dilatih bukan sahaja dalam bidang perubatan biasa tetapi juga dalam hal-hal kesihatan yang berkaitan dengan perubatan militari merangkumi ketiga-tiga teras angkatan tentera Malaysia iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Oleh itu, tujuan program ini adalah ke arah ijazah doktor perubatan yang mempunyai kepakaran dalam Kesihatan Pertahanan.

Universiti telah mengambil staf akademik bersama-sama dengan kakitangan sokongan yang diperlukan bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari tugas pengajaran, staf di Unit ini bertugas menyelenggara makmal kering untuk pengajaran Histologi dan juga makmal basah bagi demonstrasi spesimen basah, pengawetan dan pembedahan mayat. Unit ini dilengkapi dengan peralatan terkini, seperti paparan digital dan audio visual di dalam dewan kuliah dan bilik pembedahan mayat. Dewan dan bilik ini juga di lengkapi dengan penghawa dingin serta mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik agar pelajar dapat belajar dengan selesa. Spesimen-spesimen yang diawet dan basah telah diimport dari Jerman dan Filipina bagi membolehkan pelajar menjalankan pembedahan dimana ia adalah penting untuk semua pelajar-pelajar perubatan.

Bagi Proses Pembelajaran Sendiri (SDL), muzium di sediakan dan dilengkapi dengan bahagian tubuh manusia yang telah dibedah dan diplastinasikan (plastinated). Spesimen ini juga diwarnakan bagi membantu pelajar mengenali struktur-struktur dan organ-organ manusia. Spesimen yang di plastinasikan ini serta model tiruan plastik yang berwarna semula jadi dipaparkan dalam kabinet kaca yang diterangi dengan lampu arka kecil yang sesuai. Carta dan poster penerangan juga boleh didapati bukan sahaja di dalam bilik pembedahan dan muzium tetapi juga dalam perpustakaan. Semasa SDL, spesimen basah boleh didapati dan dituntut daripada atendan makmal bagi membantu pelajar mendalami dan memahami bidang ini.

Pangajaran anatomi di Fakulti ini adalah secara intigrasi dan mengikut sistem badan. Kuliah bagi setiap sistem dimulakan dengan embriologi yang berkaitan dan disusuli dengan anatomi makroskopik dan disepadukan dengan anatomi mikroskopik. Ianya di akhiri dengan anatomi gunaan (applied anatomy) atau anatomi surgikal.Pada kebiasaannya kuliah Anatomi diikuti oleh demonstrasi dan pembedahan mayat pada waktu tengah hari, pada hari yang sama. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang ideal bagi subjek yang rumit ini dan dilakukan ketika memori pelajaran dari kuliah masih segar dalam fikiran pelajar.

Dalam masa seminggu, perbincangan secara kumpulan kecil (SGD) juga diadakan. Pembincangan biasanya merangkumi soalan-soalan dari topik yang di kenal pasti dan juga dalam bentuk “problem based”. Kaedah pembelajaran cara ini dapat menguji penaakulan (reasoning) dan intigrasi klinikal setiap pelajar berasaskan dari kuliah yang diberi dalam bidang Anatomi, Fisiologi dan Biokimia. Pelbagai bentuk dan kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan di Fakulti ini dan ianya seiring dengan “trend” pengajaran terkini yang digunapakai di universiti-universiti lain di seluruh dunia. Ianya bertujuan agar graduan dari Fakulti ini mempunyai ilmu perubatan yang setanding dan mampu berdaya saing dengan graduan dari Universiti lain.

Maklumat untuk dihubungi:
Unit Anatomi
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-90513400 samb 1203
Faks: +603 9051 3042
E-mel: hla_khine2002@yahoo.co.uk

Ketua Unit
Prof Dr Jalaluddin Bin Din Mohammed
Tel: +603-90513400 samb 1203
E-mel: hla_khine2002@yahoo.co.uk

Pensyarah
Prof Madya Dr GM Kibria
Tel: +603-90513400 samb 1018
E-mel: kibria@upnm.edu.my

Tarikh Kemaskini: 24 April 2012