Unit Cuti Belajar

  • Memastikan Garis Panduan Menghadiri Persidangan Staf Akademik, Garis Panduan Cuti Belajar, Garis Panduan Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran, Garis Panduan Cuti Sabatikal dan pekeliling-pekeliling berkaitan cuti belajar dipatuhi.
  • Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Universiti dan memastikan mesyuarat diadakan empat (4) kali setahun/mengikut keperluan.
  • Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Jawatankuasa Universiti dan memastikan mesyuarat diadakan enam (6) kali setahun/mengikut keperluan.
  • Menyediakan unjuran Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal tahunan UPNM.
  • Membentangkan unjuran yang telah diberi/diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mengedarkan unjuran yang telah diberikan oleh KPM kepada fakulti/pusat untuk perancangan cuti belajar.
  • Memproses permohonan Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal staf yang telah disokong oleh fakulti/pusat untuk pengesahan dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Universiti.
  • Menyediakan perjanjian dan memastikan perjanjian dilengkapkan oleh staf sebelum Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal.
  • Memproses permohonan pelanjutan cuti belajar staf yang telah disokong oleh fakulti/pusat sebelum dimajukan kepada Bahagian Biasiswa, KPM.
  • Memantau Laporan Kemajuan Cuti Belajar setiap staf yang cuti belajar setiap enam (6) bulan dan memperakukan sebarang tindakan yang perlu diambil oleh Bahagian Undang-undang/Unit Perkhidmatan dan Saraan bagi kes-kes tidak menghantar laporan/tidak memuaskan dan memantau laporan akhir Cuti Pasca Doktoral/Cuti Sabatikal.
  • Menguruskan staf lapor diri setelah tamat tempoh cuti belajar termasuk mendapatkan sesalinan ijazah atau transkrip setelah tamat pengajian.
  • Menguruskan elaun keluarga staf yang sedang cuti belajar dan tuntutan lain seperti IELTS, visa dan passport.
  • Mengenal pasti staf yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal untuk dimajukan kepada Bahagian Undang-undang bagi tindakan seterusnya.
  • Membangunkan dan mengemaskini prosedur-prosedur berkaitan Persidangan Staf Akademik, Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal.
  • Menyediakan data dari semasa ke semasa mengikut permintaan KPM, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Pejabat Bendahari, pihak fakulti dan lain-lain.
  • Menguruskan rekod berkaitan Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal termasuk mengesahkan rekod buku perkhidmatan melalui Sistem Maklumat Personal (SMP).
  • Memantau sistem eSP KPT secara online untuk permohonan di peringkat sarjana/PhD, pelanjutan dan pengemaskinian data
  • Menyediakan data berkaitan MyMohes/MyRA
  • Memproses permohonan staf akademik untuk menghadiri persidangan dalam dan luar negara sebagai pembentang kertas kerja.
  • Memantau kekerapan staf menghadiri persidangan dalam setahun untuk mengawal