Pada 14 Feb 2023 (Selasa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Steering Committee Meeting Siri 1/2023 Malaysia-France Education & Training Working Group (ETWG) bertempat di Bilik Mesyuarat Canselori UPNM secara fizikal.

Mesyuarat yang dipengerusi secara bersama  oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Bin Abdullah  dan  Prof David Gesbert, Director of Eurecom bertujuan membincangkan pencapaian dan isu-isu  dalam pelaksanaan program yang telah dipersetujui seperti Progam Pengajian Sarjana dan PhD, Teacher Training, Sebatikal dan Penyelidikan Bersama yang dilaksanakan di Perancis.

 

 

Delegasi dari Perancis terdiri daripada Prof Jan Rembowski dari Eurecom, dan wakil  Industrial Cooperation & Offset Naval Group iaitu Miss Claire Legaz dan  Mr Patrice Le Duc.

Turut hadir Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) yang bertindak sebagai  pengelola ICP/Offset di antara UPNM dengan pihak Perancis.

 

  dewi188