Hebahan Jemputan Menyertai Pertandingan Dekorasi Pejabat/FPJB Sempena Hari Kebangsaan 2021 dan Hari Malaysia 2021 Peringkat UPNM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) dengan kerjasama Pejabat Penolong Naib Canselor Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PJIPK) ingin menjemput semua FPJB untuk menyertai pertandingan dekorasi pejabat/ FPJB bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dan Hari Malaysia yang bercirikan Rukun Negara, Kemerdekaan dan Hari Malaysia dan bertemakan "Malaysia Prihatin" dengan mematuhi Standard Operation Procedures yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Sehubungan itu, semua FPJB adalah dijemput untuk turut mengambil bahagian dalam pertandingan dekorasi pejabat/ FPJB sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dan Hari Malaysia sebagai tanda sokongan pada bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Turut dilampirkan borang penyertaan yang perlu diisi oleh FPJB memudahkan penjurian dibuat oleh juri yang dilantik. FPJB perlu membuat persiapan dekorasi pejabat dengan ciri dan tema yang telah ditetapkan dan perlu mengemukakan 5 keping gambar dekorasi pejabat berserta rakaman video menampilkan patriotisme staf berdurasi 3-5 minit. Borang penyertaan boleh dihantar kepada Puan Siti Nur Aznie binti Zaine, Penolong Pendaftar, Pejabat PNC (Pengurusan Pejabat dan Pembangunan Strategi) selewat-lewatnya pada 16 September 2021 (Khamis) atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan YBhg. Datuk/Dato’/Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Borang Penyertaan Pertandingan Dekorasi Pejabat/FPJB Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat UPNM 2021

Syarat Pertandingan Dekorasi Pejabat/FPJB Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat UPNM 2021