Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 December 2017 / 24 Rabiul Awal 1439
Tetapan

TAHUN 2011

UPNM EXECUTIVE SERIES

UPNM Executive Series merupakan syarahan umum yang diadakan secara bersiri. Program ini mengetengahkan pakar dalam pelbagai bidang meliputi ekonomi, pertahanan, pendidikan dan pelbagai bidang lain. Bukan sahaja sambutan diperolehi dari kampus malah IPTA dan agensi kerajaan swasta yang lain hadir menjayakan program ini. Berikut adalah program-program yang telah diadakan.

1. UPNM Executive Series 1/2011
Why Is Climate Change A Security Issue?
Penceramah: Rear Admiral Neil Morisetti CB BSc
Ministry of Defence, United Kingdom

SEMINAR KEPIMPINAN: LEADERSHIP DEVELOPMENT OF UPNM STUDENTS

Seminar ini diadakan bagi membincangkan isu-isu mengenai Kepimpinan dan Military Ethos di kalangan staf akademik (awam/tentera) dan pegawai-pegawai tentera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 27 Januari 2011 (Sesi Perbincangan) bertempat di Pusat Marin dan pada 25 Februari 2011 (Sesi Pembentangan Kumpulan) bertempat di Auditorium, Dewan Bestari.

Ia merupakan sebuah bengkel percambahan fikiran kepada perkongsian idea, pandangan dan pengalaman dalam usaha menjayakan keberkesanan pelaksanaan Leadership Development of UPNM Students yang merangkumi Defining Intellectual Leaders of Character, UPNM Student Attributes Berasaskan Kementerian Pengajian Tinggi dan Angkatan Tentera Malaysia, UPNM Motto (Kewajipan, Maruah, Integriti) dan Role of Academia, Student Affairs and Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) in Leadership Development as well as Intervention Required yang memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia dan organisasi dalam bidang akademik dan latihan ketenteraan di UPNM. Isu-isu pembangunan sahsiah kepimpinan di kalangan para akademia dan pegawai tentera bagi membantu UPNM melahirkan Pegawai Kadet yang mempunyai keperibadian Intellectual Leaders of Character turut dibincangkan dalam seminar ini.

Tarikh Kemaskini: 15 Februari 2012