Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 August 2018 / 7 Zulhijjah 1439
Tetapan

KENALI KAMI

Latar belakang Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) adalah sebuah universiti yang dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan pengajian tinggi kepada sektor pertahanan dan keselamatan negara.

Pada tahun 2010, Pusat Pengurusan Pengajian Eksekutif (PPPE) telah diwujudkan secara organisasi untuk membolehkan penawaran beberapa kursus pendek dalam kerangka pembangunan eksekutif untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) serta agensi keselamatan lain tidak kira swasta mahu pun badan kerajaan. PPPE secara rasminya ditubuhkan pada Jun 2010 dan diluluskan oleh SENAT Bil.21/2011 pada 14 Jun 2011.

Ke arah satu organisasi yang berkapasiti lebih besar dan berdaya saing PPPE dikembangkan untuk mengkoordinasikan semua program luar kampus yang bakal ditawarkan oleh pihak UPNM. Selaras dengan perancangan tersebut, pada tahun 2011, pertukaran nama PPPE kepada Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) telah diluluskan sebagai sebuah organisasi baharu yang dipertanggungjawabkan mengkoordinasi program-program akademik luar kampus dan menyediakan latihan eksekutif serta pembangunan profesional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan mengikut keperluan industri pertahanan dan keselamatan negara. Tumpuan khusus kepada ‘creating a future of excellence’ dengan membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan pembangunan modal insan selaras dengan hasrat Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia

Tarikh Kemaskini: 26 September 2017