Sila klik link untuk menonton video Webinar Konflik Rusia-Ukraine https://youtube.com/user/upnm2u

 

Pada 3 Mac 2022 (Khamis), Pejabat PNC PJIPK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan rakaman webinar bertajuk Konflik Rusia-Ukraine. Webinar ini adalah julung-julung kali diadakan di Pejabat Penolong Naib Canselor PJIPK.

Webinar ini dipengerusikan oleh YBhg Mej Jen Dato’ Dr A Endry Nixon (Bersara), Felo Penyelidikan Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional. Manakala dua panel telah dijemput iaitu Prof Dr Adam Leong, Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan & Pengurusan Antarabangsa dan Dr Nor Aishah Hanifa, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan.

 

Dalam webinar ini, beberapa isu telah dibincangkan termasuklah sebab-sebab utama pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, cadangan penyelesaian pergolakan antara dua negara dan kepentingan geo-strategik Ukraine yang tidak boleh dikompromi oleh Rusia.

Turut hadir menyaksikan webinar adalah Penolong Naib Canselor PJIPK dan pegawai-pegawai PJIPK.