Sempena Bengkel Pemantauan dan Kajian Pelan Tindakan Strategik UPNM 2021-2025 yang diadakan di Copthrone Hotel, Cameron Highlands pada 24 hingga 26 Julai 2022, Pejabat JIPK (Kumpulan 6) telah diberi tanggungjawab untuk memurnikan Shift 8 iaitu Global Prominence.

 

Sumbang saran yang berkesan, kehebatan persembahan yang disampaikan oleh YBhg Mej Jen Dr Kwong dan Kumpulan 6 diketuai oleh YBhg Dato’ Dr Junaidah Kamarruddin, PNC JIPK memperlihatkan Pelan Strategik Shift 8 diangkat sebagai benchmark terbaik.

 

Tiga strategik utama yang dibahaskan di dalam Shift 8 termasuklah

  • Menambah Pengurusan Pelajar Antarabangsa
  • Menarik Pasaran Baru
  • Meningkatkan Visibiliti

 

Bagi Pejabat JIPK pula, terdapat tiga substrategik yang perlu diperteguhkan di bawah Strategik Meningkatkan Visibiliti iaitu

  • Memperkasa Imej Korporat UPNM
  • Memperkukuh Khidmat Komuniti
  • Memantapkan Jaringan Industri       

 

Kumpulan 6 turut dianggotai oleh YBhg Dato’ Mohamad Akhtar Ahmad Zainudin, Prof Madya Ts Dr Norhana Abdul Halim, Dr Nur Surayya Mohd Saudi, Lt Kol Zazali Makding dan YM Tengku Roslan Tengku Abdul Kadir. Pejabat JIPK juga diberi peranan utama sebagai urusetia media, jurufoto dan juruvideo di mana penglibatan En Hairul Ismail dan En Muhammad Haziq Omar.