Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
22 October 2014 / 28 Zulhijjah 1435
Tetapan

SYARAT KELAYAKAN MASUK

SYARAT KELAYAKAN MASUK

Permohonan untuk program pengajian siswazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mestilah memenuhi syarat-syarat berikut.

Program Sarjana

i. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau setaraf, dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau

ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang tidak mencapai CGPA 2.75 atau setaraf, boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman; atau

iii. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda; atau

iv. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperolehi melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan

v Keperluan-keperluan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.

Program Doktor Falsafah

i. Ijazah Sarjana dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau

ii. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana; atau

iii. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperolehi melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan

iv. Keperluan-keperluan lain seperti yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.

Tarikh Kemaskini: 16 Oktober 2014