Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 March 2017 / 25 Jamadil Akhir 1438
Tetapan

BERITA PPPI

"THE MEETING OF THE MINDS"

Seramai 250 orang warga UPNM, yang terdiri daripada Pegawai Akademik dan Bukan Akademik hadir menyertai “Meeting of the Minds” pada hari Selasa, 19 Januari 2016 di Dewan Bestari UPNM.

Program yang berlangsung pada 9.00 pagi ini adalah satu sesi penyampaian maklumat dan dialog bersama pensyarah, penyelidik dan staf dengan pihak Pengurusan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), dengan pelaksanaan Meeting of the Minds ini PPPI mampu untuk meningkatkan produktiviti penyelidikan dalam menuju ke arah penyelidikan yang jitu selari dengan melahirkan penyelidik yang berkebolehan.

Syarahan ‘Teknik Penulisan dan Penyeliaan yang Berkesan’

UPNM, Pusat Marin. 13 November 2015, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah menganjurkan syarahan bertajuk "Teknik Penulisan dan Penyeliaan yang Berkesan". Syarahan ini telah diadakan di Bilik Sipadan, Pusat Marin yang dihadiri seramai lebih 80 orang ahli akademik, Research Assistant, Graduate Research Asisstant dan Pelajar Siswazah. PPPI telah menjemput penceramah YBhg. Prof. Dr. Kartom Kamarudin, Timbalan Pengarah, Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia (Pemenang Malaysia’s Rising Star Award) dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak.

Bengkel dan Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi (P&I) kali ke 38

Kuala Lumpur, Kem Perdana Sungai Besi, UPNM, 6-7 September 2015- Bengkel dan Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi (P&I) Bil 38, Universiti Awam (UA) telah diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). UPNM telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat kali ini. Mesyuarat ini telah menghimpunkan semua Timbalan Naib Canselor (P&I) dan Pengarah Pusat Penyelidikan Universiti Awam. Antara perbincangan yang dibincangkan ketika bengkel dan mesyuarat ialah berkenaan pengabungan geran RAGS dan RACE, Hala tuju penyelidikan dan berkaitan penyelidikan.

Hari Bersama Pelanggan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) dan Seminar anjuran World Intellectual Property Organisation (WIPO) dan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)

Isnin, 17 Ogos 2015 – Hari Bersama Pelanggan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah diadakan pada 17 Ogos 2015 bertempat di Pejabat PPPI dan perkarangan ruang lobi PPPI. Satu seminar anjuran daripada World Intellectual Property Organisation (WIPO) dan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) bersempena Hari Bersama Pelanggan PPPI telah diadakan berkenaan projek “Technology and Innovation Support Centers (TISC)”. Satu sesi pertemuan bersama pelanggan di kalangan pensyarah, pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan pembantu penyelidik siswazah diadakan bagi tujuan pendedahan berkaitan perkhidmatan yang di tawarkan oleh PPPI. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan PPPI dengan tujuan :

  1. Menjadikan program Hari Bersama Pelanggan sebagai langkah mewujudkan budaya layanan mesra pelanggan di PPPI

  2. Menjadikan aduan dan cadangan pelanggan sebagai satu input untuk perancangan dan penilaian program di PPPI

  3. Memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan maklumat secara terus

  4. Mendedahkan perkhidmatan yang disediakan pihak PPPI kepada pelanggan sasaran.

Hari Bersama Pelanggan ini telah berjalan dengan jayanya pada tahun ini dan diharap ia dapat dijalankan dengan lebih jayanya pada masa akan datang. Jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.

Mesyuarat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi (P&I) kali ke 37

Terengganu,14-15 Jun 2015- Majlis Mesyuarat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi (P&I), Universiti Awam (UA) telah memberi kepercayaan kepada UNISZA untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (P&I) Bil.37. Mesyuarat ini menghimpunkan semua Timbalan Naib Canselor (P&I) daripada setiap Universiti Awam. Antara pembincangan yang dibincangkan ialah PECIPTA, Regional Cluster dan Pembukaan Geran bagi Hala Tuju Universiti Penyelidikan.

Upacara Menandatangi User Requirements Specification

Pada 27 Mei 2015 yang lalu, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) yang diketuai Prof. Dr. Fauziah binti Hj. Abdul Aziz telah menandatangi User Requirements Specification bagi pembangunan Research Management System (eRMS) bersama wakil Pusat Teknologi Malumat dan Komunikasi (PTMK). eRMS merupakan sebuah sistem yang secara amnya berperanan menguruskan permohonan geran yang terbahagi kepada dua kategori iaitu geran dalaman (UPNM) atau geran luar (MyGRANTS) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui portal MyGRANTS. Sistem ini meliputi keperluan asas yang terbahagi kepada tiga bidang utama seperti:

I. Untuk menyediakan penyelesaian bagi penyelidik untuk memohon, menyenggara, memantau aktiviti penyelidikan serta mengemaskini resume penyelidik yang berkaitan;

II. Untuk menyediakan penyelesaian untuk PPPI menguruskan aktiviti penyelidikan; dan

III. Untuk menghasilkan laporan yang boleh digunakan yang boleh menyumbang dalam membuat keputusan oleh Pengurusan Universiti.

Bengkel sepanjang 6 hari turut diadakan bermula 28 Jun 2015 sehingga 2 Jun 2015 di PTMK bertujuan untuk membangunkan eRMS di mana dalam fasa 1 yang dirancang ini, aktiviti permohonan dan pemantauan geran dapat diuruskan secara elektronik melalui penggunaan eRMS. Sistem seperti ini diyakini dapat mempertingkatkan keupayaan pemantauan aktiviti penyelidikan di UPNM secara keseluruhannya. eRMS dibangunkan menggunakan kepakaran kakitangan PTMK di bawah penyeliaan perunding luar. Turut hadir bersama pada majlis tandatangan tersebut Prof. Madya Dr. Nazri bin Ismail dari Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan selaku penyelia projek eRMS.

Tarikh Kemaskini: 20 Januari 2016