Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 August 2018 / 7 Zulhijjah 1439
Tetapan

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA JABATAN PIALA PUSAT SAIN

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA JABATAN PIALA PUSAT SAINS KEJURULATIHAN 2017 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

Kejohanan Olahraga Antara Jabatan Piala Pusat Sains Kejurulatihan 2017 Sempena Hari Sukan Negara telah berlangsung pada 12 hingga 13 Oktober 2017 bertempat di Balapan UPNM. Kejohanan Olahraga Antara Jabatan, Piala Pusat Sains Kejurulatihan 2017 ini merupakan julung kali diadakan anjuran Pusat Sains Kejurulatihan (PSK). Penyertaan kejohanan ini terbuka kepada semua staf UPNM sahaja.

Sebanyak 29 acara yang dipertandingkan dimana staf didaftarkan mengikut FPJB masing-masing. Penyertaan staf lelaki mahupun wanita amat menggalakkan sekali dengan penyertaan seramai 320 orang staf lelaki dan 120 orang staf wanita. Jumlah keseluruhan penglibatan staf dalam kejohanan ini adalah 440 orang. Senarai Fakulti Pusat Jabatan Bahagian (FPJB) yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Pusat Sains Kejurulatihan

2. Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

3. Pusat Asasi Pertahanan

4. Pejabat TNC (Penyelidikan dan Inovasi)

5. Pusat Bahasa

6. Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

7. Jabatan Bendahari

8. Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

9. Fakulti Kejuruteraan

10. Pejabat Naib Canselor

11. Pejabat TNC (Akadem & Antarabangsa)

12. Jabatan Pendaftar

13. Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim

14. Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

15. Fakulti Sains Teknologi dan Pertahanan

16. Akademi Latihan Ketenteraan

17. Pusat Pengajian Siswazah

18. Pejabat TNC (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

19.

Keputusan keseluruhan seperti di lampiran.

Pusat Sains Kejurulatihan telah dinobatkan Johan keseluruhan mengikut pungutan pingat bagi Kejohanan Olahraga Antara Jabatan Piala Pusat Sains Kejurulatihan 2017 ini, Naib Juara jatuh kepada Akademi Latihan Ketenteraan dan tempat Ke-3 jatuh kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Innovasi.

Encik Mohd Aidil bin Ali (5 emas) daripada Pusat Sains Kejurulatihan (PSK) telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Puan Herdahidayu binti Abu Hashim (3 emas) daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Innovasi (PPPI) telah dinobatkan sebagai Olahragawati.

Keseluruhannya, penganjuran kejohanan ini sedikit sebanyak membantu Bahagian Sukan, Pusat Sains Kejurulatihan UPNM dalam mengenal pasti bakat-bakat baru dalam persediaan Pasukan Olahraga UPNM ke Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Malaysia SUKUM 2018 akan datang.

Tarikh Kemaskini: 11 Januari 2018