Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

CATUR TERTUTUP UPNM 2017

KEJOHANAN CATUR TERTUTUP INDIVIDU

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 2017

Kejohanan ini telah berlangsung pada 11 Mac 2017 (Sabtu) di Courtyard Bangunan Bistari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kejohanan ini adalah anjuran Pusat Sukan UPNM dan Kelab Catur UPNM dengan kerjasama Cerdik Catur Enterprise.

Antara objektif penganjuran ini adalah memberi pendedahan secara meluas mengenai sukan Catur, pencarian bakat baru untuk mewakili UPNM ke kejohanan IPT, melahirkan pemain Catur yang cemerlang dari UPNM, merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pemain dan memastikan penglibatan pelajar Satu Pelajar Satu Sukan.

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :

BIL

NAMA

KEDUDUKAN

1.

KOH YOU MING

JOHAN

2.

MUHAMMAD ZIKRI HAKIM ZAKARIA

NAIB JOHAN

3.

SIDDHARTA ENDAR

KETIGA

4.

JASPER LIM XU WEI

KEEMPAT

5.

JEYASELAN NAIDU DORAISAMY

KELIMA

6.

NURUL AINA ZAINAL ADZMAR

PEMAIN WANITA TERBAIK

Pertandingan sebegini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelajar serta melebarkan horizon minda mereka akan persaingan yang sengit di luar kampus. Mereka bukan sahaja dapat mempelajari teknik-teknik baru malahan telah menjalinkan hubungan erat di antara satu sama lain. Adalah diharapkan agar pihak universiti dapat memberikan sokongan yang padu dalam memperhalusi dan menggilap bakat-bakat pemain-pemain catur UPNM yang sedia ada ini supaya mereka dapat digilap sekaligus dapat membuka mata pihak luar dan mengharumkan nama UPNM dalam sukan ini. Jika pendedahan yang begitu menyeluruh diberikan kepada pasukan Catur UPNM ini, tidak mustahil jika suatu hari nanti UPNM berjaya mengeluarkan seorang graduan tentera yang mampu mewakili negara dalam sukan Catur

Tarikh Kemaskini: 11 Januari 2018