Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
22 May 2018 / 7 Ramadhan 1439
Tetapan

KEJOHANAN PENCAK SILAT TERBUKA IPT

KEJOHANAN PENCAK SILAT TERBUKA IPT DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA (TAMING SARI VIII) UKM 2017

Kejohanan Pencak Silat berstatus antarabangsa ini adalah kali ke-8 telah dianjurkan yang telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi pada 19 hingga 22 Januari yang lalu. Penyertaan kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pembangunan atlet-atlet pelapis Pencak Silat UPNM bagi persediaan menghadapi kejohanan-kejohanan utama Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi yang akan datang nanti.

Kejohanan tahunan ini telah disertai oleh 17 pasukan IPT dari dalam negara, antaranya ialah UiTM Malaysia, UiTM Pulau Pinang, UiTM Segamat, Politeknik Ungku Omar, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri selaku tuan rumah dengan 3 pasukan penyertaan.

Dianggarkan seramai 150 pesilat lelaki dan atlet wanita mengambil bahagian. Kebanyakan IPT terutamanya UiTM memiliki pesilat yang berbakat bertaraf Sukan Malaysia (SUKMA) yang memberi saingan terhadap pasukan UPNM untuk memburu emas dan menjuarai acara-acara yang dipertandingkan.

Pasukan Pencak Silat UPNM berjaya dengan pungutan pingat keseluruhan 3 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa. Pencapaian yang diraih ini menunjukkan pembangunan sukan Pencak Silat di UPNM berada dilandasan yang betul dan harus diperhebatkan lagi dalam mengekalkan prestasi baik yang telah ditunjukkan.

Berkat kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh atlet-atlet serta tunjuk ajar dari jurulatih yang bertauliah membuatkan UPNM adalah pasukan pencabar utama di arena sukan Pencak Silat IPT.

Tarikh Kemaskini: 11 Januari 2018