28 Ogos 2023 – Sempena Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2023 Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah diadakan sesi Bicara Tokoh di Dewan Bestari UPNM.

Puan Fazielah Binti Mohamad, Pendaftar UPNM bertindak sebagai moderator sementara YBhg Tan Sri (Dr) Syed Azman Bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti adalah jemputan eksklusif bagi sesi Bicara Tokoh.

 

Di dalam sesi ini, YBhg Pengerusi LPU berkongsi pengalaman, pandangan dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat dan motivasi kepada semua warga UPNM agar terus komitmen dengan tugas-tugas sebagai pentadbir.

Turut hadir YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki Bin Muhammad, Naib Canselor UPNM, Pengurusan Tertinggi UPNM, Pengarah, Ketua Jabatan dan Dekan FPJB, staf dan Majlis Pewakilan Pelajar UPNM.