Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 February 2018 / 8 Jamadil Akhir 1439
Tetapan

RAGBI LANGKAWI 7S 2017

KEJOHANAN RAGBI LANGKAWI 7 SEBELAH 2017

Kejohanan ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi, Kedah Darul Aman pada 29 April 2017 hingga 1 Mei 2017. Kejohanan ini adalah anjuran Kelab Ragbi Kedah bersama Kelab Ragbi SAHOCA dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU).

Kejohanan ini menyaksikan pelbagai penyertaan daripada semua pihak iaitu Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara, Kelab Ragbi Negeri, Majlis Perbandaran, Majlis Sukan Sekolah, Universiti Awam Malaysia, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Sukan dan Badan-Badan Kerajaan Malaysia.

Kelab Ragbi UPNM telah menghantar seramai 12 atlet yang terdiri daripada Pegawai Kadet UPNM. Penyertaan ke kejohanan ini adalah gabungan di antara atlet senior dan junior bagi tujuan pembangunan atlet dan sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Sukan MASUM 2017 akan datang.

Keputusan yang telah dicapai pada kejohanan ini amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan tempoh latihan yang dijalankan secara singkat dan rekod pencapaian daripada kejohanan-kejohanan yang lepas. Kebanyakan acara yang disertai menyaksikan saingan yang hebat diberikan oleh atlet UPNM kepada pencabar-pencabar yang lain. Berikut adalah keputusan kejohanan Ragbi Langkawi 7 Sebelah 2017.

PERINGKAT LIGA:

PASUKAN

KEPUTUSAN

PASUKAN

SAHOCA

47

14

UPNM SMOOKIES

WIPERS

29

10

UPNM SMOOKIES

PERLIS

17

29

UPNM SMOOKIES

PERINGKAT BOWL SUKU AKHIR :

PASUKAN

KEPUTUSAN

PASUKAN

PERLIS

19

14

UPNM SMOOKIES

Pasukan Ragbi UPNM hanya mampu meneruskan saingan sehingga peringkat suku akhir kategori bowl sahaja. Keputusan yang telah dicapai pada keseluruhannya adalah memberangsangkan jika dinilai dari saingan penyertaan daripada pasukan luar.

Tarikh Kemaskini: 11 Januari 2018