Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 February 2018 / 8 Jamadil Akhir 1439
Tetapan

TITIWANGSA TENNIS CHALLENGE 2017

TITIWANGSA TENNIS CHALLENGE 2017 SEBAGAI KEJOHANAN PENDEDAHAN

Titiwangsa Tennis Challenge 2017 telah berlangsung pada 13 hingga 14 Mei 2017 bertempat di Gelanggang Tenis Kompleks Sukan Titiwangsa.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan regu lelaki. Pusat Sukan telah menghantar seorang atlet Tenis UPNM iaitu Muhammad Ramzi bin Rahim untuk menyertai kategori perseorangan lelaki dan kategori regu lelaki.

Terdapat 120 orang peserta bagi kategori perseorangan lelaki dan 120 regu bagi kategori regu lelaki, dimana peserta dibahagikan mengikut kedudukan (seeded). Atlet Tenis UPNM hanya bermain sehingga ke peringkat suku akhir bagi kategori perseorangan lelaki dan regu lelaki.

Komitmen atlet Tenis UPNM terhadap latihan yang dijalankan diluar UPNM adalah sangat memberangsangkan. Justeru itu, diharapkan lebih ramai atlet Tenis UPNM akan dapat dihasilkan sekiranya sukan Tenis UPNM dapat dijadikan salah satu Pembangunan Sukan UPNM.

Tarikh Kemaskini: 11 Januari 2018