Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
22 May 2018 / 7 Ramadhan 1439
Tetapan

KEJOHANAN ‘5TH UTEM INVITATIONAL TAEKWONDO (WTF)

KEJOHANAN ‘5TH UTEM INVITATIONAL TAEKWONDO (WTF) CHAMPIONSHIP 2017’

Kejohanan ini telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 7 dan 8 April 2017 yang lalu. Kejohanan ini adalah dianjurkan oleh Kelab Taekwondo UTeM dengan kerjasama Pusat Sukan UTeM dan Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) serta pengadilan dari Taekwondo Malaysia (TM).

Kejohanan ini adalah kali yang kelima dianjurkan oleh UTeM dan mempertandingkan kategori Kyorugi sahaja. Terdapat 4 peringkat perlawanan yang dipertandingkan iaitu, A. 9 – 11 tahun, B. 12 – 14 tahun, C. 15 – 17 tahun dan D. 18 tahun ke atas.

Pasukan Taekwondo UPNM telah menyertai pertandingan peringkat 18 tahun ke atas dan menyaksikan 14 buah pasukan mengambil bahagian, di antaranya ialah UM, UNIMAS, UNITEN, UNIKL, KUIN Melaka, MAHSA Pontian, ALAM, MSN Melaka dan UTeM sebagai tuan rumah serta beberapa Kelab Taekwondo Terdapat 14 pasukan menyertai Kategori 18 tahun ke atas.

Kelab Taekwondo UPNM telah menghantar seramai 18 atlet iaitu 10 atlet lelaki dan 8 atlet wanita mengambil bahagian. Penyertaan ke kejohanan ini adalah gabungan di antara atlit senior dan Junior bagi tujuan pembangunan atlet dan persiapan untuk menghadapi kejohanan Karnival Sukan MASUM 2017 akan datang.

Pasukan Taekwondo UPNM telah membawa balik 1 Emas 3 Perak dan 2 Gangsa pada kejohanan kali ini. Pada keseluruhannya, UPNM berada di tempat ke-5 keseluruhan tetapi penilaian adalah berdasarkan rangkuman pingat keseluruhan peringkat yg dipertandingkan. Namun, dikalangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sertai, UPNM merupakan pemungut pingat terbanyak.

Penyertaan kali ini yang bertujuan pembangunan atlit Taekwondo menampakkan hasil yang positif kerana aksi atlet tidak mengecewakan. Selain itu, atlet senior juga tampak berbisa dan mencabar atlet-atlet yang lebih berpengalaman dari pasukan lain.

Keseluruhannya menyaksikan prestasi atlit berada pada tahap yang baik dan menunjukkan peningkatan. Atlet-atlet junior juga menampakkan prestasi yang baik mampu mencabar dan berani untuk berlawan. Ini adalah kesinambungan yang baik dalam usaha Pusat Sukan UPNM merancang pembangunan sukan di UPNM dan meningkatkan pencapaian pingat pada kejohanan utama IPT akan datang

Tarikh Kemaskini: 11 Januari 2018