29 Ogos 2023 – YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat Senior Col Nikom Tonginkaew, Penasihat Pertahanan Thailand.

Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pemimpin ketenteraan itu membincangkan persiapan lawatan delegasi Royal Thai Army War College ke UPNM di samping  memperkuatkan lagi hubungan diplomatik di antara dua organisasi akademik ini.

 

 

Turut hadir Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (B), Pengarah Kanan, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat).