![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
KARNIVAL SUKAN MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 2017
Karnival Sukan MASUM 2017 telah berlangsung pada 8 Julai hingga 21 Julai 2017 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan kerjasama UKM selaku tuan rumah.
Karnival Sukan MASUM 2017 kali ini dibahagikan kepada 2 Fasa. Sebanyak 16 jenis sukan yang dipertandingkan pada karnival kali ini. Namun, Kontinjen UPNM hanya menyertai 8 jenis sukan iaitu Bola Tampar, Renang, Ragbi dan Taekwondo bagi Fasa 1 (8 Julai hingga 15 Julai 2017) manakala Olahraga, Karate, Lawn Bowl dan Bola Jaring bagi Fasa 2 (13 Julai hingga 21 Julai 2017).
Para atlet UPNM yang terpilih bagi menyertai Karnival Sukan MASUM 2017 ini adalah atlet-atlet yang telah melalui sesi pemilihan yang dijalankan oleh jurulatih yang dilantik. Penyertaan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada atlet-atlet dalam mengharungi kejohanan yang lebih besar dan kompetatif.
Kontinjen UPNM terdiri daripada 81 orang atlet lelaki dan 14 orang atlet wanita serta 15 orang pegawai dan jurulatih terlibat pada karnival ini.
Keputusan bagi setiap perlawanan adalah seperti berikut:
Bola Tampar
Tarikh : 09 / 07 / 2017
Masa : 1300 H
Tempat : Dewan Gemilang UKM
Perlawanan : UPNM lwn UTM
Keputusan : ( 0 – 2 ) Tewas
Pusingan : Kumpulan
Tarikh : 09 / 07 / 2017
Masa : 1900 H
Tempat : Dewan Gemilang UKM
Perlawanan : UPNM lwn UniMAP
Keputusan : ( 0 – 2 ) Tewas
Pusingan : Kumpulan
ULASAN PERINGKAT AWAL : Pasukan Bola Tampar telah tewas bagi kedua-dua perlawanan dan terkandas dalam peringkat kumpulan.
Taekwondo
Tarikh : 08 / 07 / 2017 - 12 / 07 / 2017
Masa : 0900 – 1700 H
Tempat : DECTAR UKM
Keputusan : Poomsae Berpasukan Wanita:
Tempat ke-7 dari 7
Sparring Lelaki:
1 Gangsa (Kategori Bantam)
ULASAN: Pasukan Taekwondo telah memungut 1 pingat Gangsa.
Ragbi 15’s
Tarikh : 09 / 07 / 2017
Masa : 1500 H
Tempat : Padang Ragbi, UKM
Perlawanan : UPNM lwn UIAM
Keputusan : ( 5 – 53 ) Tewas
Pusingan : Kumpulan
Tarikh : 10 / 07 / 2017
Masa : 1500 H
Tempat : Padang Ragbi, UTM
Perlawanan : UPNM lwn UniMAP
Keputusan : ( 20 – 18 ) Menang
Pusingan : Kumpulan
Tarikh : 11 / 07 / 2017
Masa : 1500 H
Tempat : Padang Ragbi, UKM
Perlawanan : UPNM lwn UiTM
Keputusan : ( 8 – 41 ) Tewas
Pusingan : Kumpulan
ULASAN PERINGKAT AWAL : Pasukan Ragbi hanya menang 1 perlawanan tetapi tewas bagi dua perlawanan dan terkandas dalam peringkat kumpulan.
Renang
Tarikh : 09 / 07 / 2017 - 10 / 07 / 2017
Masa : 0900 – 1700 H
Tempat : Kolam Renang Permata Pintar UKM
Keputusan : 50m Breaststroke:
Tempat ke-8 dari 13 peserta
200m Freestyle:
Tempat ke-5 dari 9 peserta
50m Backstroke:
Tempat ke-10 dari 10 peserta
50m Butterfly:
Tempat ke-10 dari 13 peserta
200m I.M:
Tempat ke-5 dari 6 peserta
100m Butterfly:
Tempat ke-6 dari 7 peserta
100m Freestyle:
Tempat ke-5 dari 11 peserta
100m Breaststroke:
Tempat ke-8 dari 11 peserta
ULASAN: Pasukan Renang telah terkandas dalam peringkat saringan.
Karate
Tarikh : 12 / 07 / 2017 - 15 / 07 / 2017
Masa : 0900 – 1700 H
Tempat : DECTAR UKM
Keputusan : Kumite Individu Lelaki – 67 kg:
1 Emas
Kumite Individu Lelaki + 68 kg:
Tempat ke-5
ULASAN: Pasukan Karate telah memungut 1 pingat Emas.
Olahraga
Tarikh : 13 / 07 / 2017 - 15 / 07 / 2017
Masa : 0900 – 1700 H
Tempat : Stadium UKM
Keputusan : 100 meter (L):
Tempat ke-4 dari 8 peserta
Lompat Kijang (L):
Tempat ke-6 dari 8 peserta
400 meter Lari Berpagar (L):
Tempat ke-4 dari 8 peserta
800 meter (L):
Tempat ke-8 dari 8 peserta
Merejam Lembing (L):
Tempat ke-6 dari 8 peserta
10 000 meter Jalan Kaki (L):
Tempat ke-6 dari 6 peserta
Lompat Kijang (L):
Tempat ke-6 dari 8 peserta
400 meter (W):
Saringan sahaja
Lempar Cakera (W):
Tempat ke-2 dari 7 peserta
Lempar Cakera (L):
Tempat ke-7 dari 8 peserta
110 meter Lari Berpagar (L):
Saringan sahaja
Lontar Peluru (L):
Tempat ke-3 dari 8 peserta
Merejam Lembing (W):
Tempat ke-5 dari 7 peserta
200 meter (L):
Tempat ke-6 dari 8 peserta
ULASAN: Pasukan Olahraga telah memungut 1 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa.
Boling Padang
Tarikh : 16 / 07 / 2017 - 21 / 07 / 2017
Masa : 0800 H – 1800 H
Tempat : Kompleks Sukan Lawn Bowls Seremban 2
Keputusan : Men’s Single:
UIAM 21 vs 16 UPNM (kumpulan)
UPM 9 vs 21 UPNM (kumpulan)
UKM 21 vs 9 UPNM (kumpulan)
Women Single:
UTHM 14 vs 10 UPNM (kumpulan)
UMP 16 vs 12 UPNM (kumpulan)
USM 21 vs 6 UPNM (kumpulan)
Men’s Fours:
UPM 21 vs 2 UPNM (kumpulan)
UniSZA 17 vs 3 UPNM (kumpulan)
UTHM 9 vs 6 UPNM (kumpulan)
Men’s Trio:
UiTM 21 vs 2 UPNM (kumpulan)
UM 4 vs 7 UPNM (kumpulan)
Women Trio:
UPM 23 vs 3 UPNM (kumpulan)
UMT 7 vs 13 UPNM (kumpulan)
UIAM 7 vs 12 UPNM (playoff)
UniSZA 15 vs 4 UPNM (suku akhir)
ULASAN: Pasukan Boling Padang telah terkandas dalam peringkat kumpulan dan hanya Women’s Trio sahaja layak ke suku akhir.
Bola Jaring
Tarikh : 16 / 07 / 2017
Masa : 1400 H
Tempat : Dewan Gemilang UKM
Perlawanan : UPNM lwn UUM
Keputusan : ( 19 – 14 ) Menang
Pusingan : Kumpulan
Tarikh : 17 / 07 / 2017
Masa : 1100 H
Tempat : Dewan Gemilang UKM
Perlawanan : UPNM lwn UIAM
Keputusan : ( 26 – 15 ) Menang
Pusingan : Kumpulan
Tarikh : 18 / 07 / 2017
Masa : 1200 H
Tempat : Dewan Gemilang UKM
Perlawanan : UPNM lwn UKM
Keputusan : ( 24 – 12 ) Menang
Pusingan : Kumpulan
ULASAN PERINGKAT AWAL : Pasukan Bola Jaring telah menang ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dan layak ke peringkat suku akhir selaku Johan Kumpulan.
Tarikh : 19 / 07 / 2017
Masa : 1000 H
Tempat : Dewan Gemilang UKM
Perlawanan : UPNM lwn UTHM
Keputusan : ( 26 – 22 ) Menang
Pusingan : Suku Akhir
ULASAN PERINGKAT SUKU AKHIR : Pasukan Bola Jaring telah menang pada peringkat suku akhir dan layak ke peringkat separuh akhir.
Tarikh : 19 / 07 / 2017
Masa : 1500 H
Tempat : Dewan Gemilang UKM
Perlawanan : UPNM lwn UM
Keputusan : ( 18 – 29 ) Tewas
Pusingan : Separuh Akhir
ULASAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR : Pasukan Bola Jaring telah tewas pada peringkat separuh akhir.
Tarikh : 20 / 07 / 2017
Masa : 0900 H
Tempat : Dewan Gemilang UKM
Perlawanan : UPNM lwn UTM
Keputusan : ( 28 – 45 ) Tewas
Pusingan : Tempat ke-3/ke-4
ULASAN TEMPAT KE-3/KE-4: Pasukan Bola Jaring telah tewas pada perlawanan untuk merebut tempat ke-3/ke-4. Namun begitu, ini adalah pencapaian terbaik pasukan Bola Jaring dalam Karnival Sukan MASUM.
UPNM telah berjaya memungut 1 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa. Pingat-pingat tersebut telah di sumbang oleh melalui sukan Karate (1 Emas), Olahraga (1 Perak dan 1 Gangsa) dan Taekwondo (1 Gangsa). Secara keseluruhan UPNM telah berjaya menduduki tempat ke-14 keseluruhan bagi Karnival Sukan MASUM 2017 di UKM.
Pasukan Karate, Olahraga, Bola Jaring dan Taekwondo telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Ini adalah satu pencapaian yang amat baik walaupun Kontinjen UPNM hanya menyertai 8 acara sukan daripada 16 acara sukan yang dipertandingkan. Ia juga masih boleh ditingkatkan jika lebih latihan ditekankan. Namun, prestasi yang ditunjukkan amat membanggakan dengan cabaran yang diberikan kepada setiap pasukan lawan yang ditemui. Lebih latihan akan ditekankan sebelum penyertaan pada kejohanan akan datang.
Adalah diharapkan pada penyertaan semasa Karnival Sukan MASUM 2017 UKM ini dapat memberi pendedahan serta pengalaman yang berguna semasa Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 akan datang serta memberikan pencapaian yang lebih baik. Dengan kerjasama daripada semua pihak di UPNM dalam memberi pelepasan kepada latihan para atlet yang terlibat dapat menyumbang kepada kecemerlangan sukan di UPNM.
Bahagian Sukan, PSK berharap agar prestasi semasa akan mampu dikekalkan. Bahagian Sukan, PSK menyeru agar semua pucuk pimpinan akan turut sama berganding bahu dengan memberi sokongan dan bimbingan dalam memastikan kecemerlangan sukan UPNM dapat dicapai.