Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 December 2018 / 11 Rabiul Akhir 1440
Tetapan

SIRI 2

KURSUS PERSIJILAN KECERGASAN FIZIKAL UNTUK TUDM

(9 HINGGA 12 APRIL 2018)

PENGENALAN

Kursus ini diadakan bagi tujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan sains sukan yang terkini kepada pentadbir sukan, jurulatih jasmani dan atlit TUDM selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) agar komuniti mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dijana di Universiti Awam (UA) untuk meningkatkan kualiti hidup bagi sesuatu komuniti.

OBJEKTIF

Cawangan Perkhidmatan, Markas Tentera Udara (MTU) telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan kursus yang berkaitan pengurusan sukan dan sains sukan dengan fokus adalah kepada kakitangan tertentu iaitu pentadbir sukan, jurulatih jasmanai dan atlit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pihak Seksyen Pembangunan Sukan TUDM seterusnya mengambil langkah positif bagi memperkasa dan memantapkan pengetahuan kakitangan terlibat dengan memohon kerjasama pihak Akademi Kecergasan Pertahanan (AkeP), UPNM. Khidmat bantuan dan kepakaran dari tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman di bawah Akademi Kecergasan Pertahanan, UPNM disumbangkan melalui kursus ini. Kursus Persijilan Kecergasan Training of Trainers (TOT) ini dijalankan di Bilik Latihan 1, Bangunan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) manakala sesi praktikal diadakan di Gimnasium dan Padang UPNM dari 9 sehingga 12 April 2018 dengan penyertaan peserta seramai 30 orang. Pengisian dalam pembelajaran kursus TOT adalah seperti berikut:

1. Pengujian dan Penilaian dalam Sains Sukan

2. Konsep Suaian Fizikal

3. Pengurusan Kecederaan

4. Metodologi Kejurulatihan

5. Pemakanan Sukan

LAPORAN GAMBAR AKTIVITI

Tarikh Kemaskini: 30 Oktober 2018