Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 December 2018 / 11 Rabiul Akhir 1440
Tetapan

SIRI 1

KURSUS PENGURUSAN SUKAN BAGI SETIAUSAHA PERSATUAN SUKAN TLDM

(3 HINGGA 5 APRIL 2018)

PENGENALAN

Kursus ini bertujuan meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sukan dan dan pentadbiran persatuan sukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) agar komuniti mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dijana di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk meningkatkan kualiti hidup bagi sesuatu komuniti.

LATAR BELAKANG

Kewujudan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) harus dimanfaatkan oleh agensi kerajaan terutama sektor pertahanan. Menyedari hal ini, pihak TLDM memohon khidmat Akademi Kecergasan Pertahanan (AkeP), UPNM mengadakan kursus bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sukan dan pentadbiran persatuan sukan TLDM. Bertempat di Auditorium Mini, KD Sultan Idris I, Kursus Pengurusan Sukan selama 3 hari (3-5 April 2018) telah diadakan di bawah anjuran Lembaga Kawalan Sukan (LEKAS TLDM) dengan kerjasama AKeP, UPNM. Kursus yang mendapat sambutan menggalakkan ini dihadiri oleh 27 peserta dari 27 Persatuan Sukan TLDM. Ceramah telah disampaikan oleh Pengarah Akademi Kecergasan Pertahanan, UPNM iaitu Prof. Dr. Mohar bin Kassim dan Pensyarah Kanan Lt. Kdr. Nik Ismail Rashed bin Che Ali TLDM (Bersara). Antara penekanan yang diberikan dalam kursus ini adalah merangkumi aspek strategi pengurusan dan pembangunan sukan, pengurusan fasiliti pasukan, pengurusan pasukan dan pentadbiran persatuan. Bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sukan TLDM, Akademi Kecergasan Pertahanan merancang mengadakan beberapa siri kursus lanjutan dengan kerjasama LEKAS pada masa hadapan. Majlis penutup seterusnya telah disempurnakan oleh Kdr Norparidan TLDM, Ketua Fakulti Logistik mewakili Pegawai Memerintah KDSI I.

KEKUATAN PROGRAM

- Penyampaian ilmu secara terus dengan jumlah peserta yang optimal dan komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan efektif

- Perkongsian pengalaman daripada penceramah berpengalaman dalam bidang pengurusan sukan

- Perkongsian pengalaman daripada penceramah yang mempunyai latarbelakang dan pesara TLDM

LAPORAN GAMBAR AKTIVITI

Tarikh Kemaskini: 30 Oktober 2018