Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
25 March 2019 / 19 Rejab 1440
Tetapan

SUKIPT 2018

LAPORAN SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) 2018 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

PENDAHULUAN

1.1 Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 telah berlangsung pada 2 hingga 10 Februari 2018 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan IPT dan UKM selaku tuan rumah.

1.2 Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 kali ini dibahagikan kepada 2 Fasa. Sebanyak 27 jenis sukan yang dipertandingkan pada kejohanan kali ini. Namun, Kontinjen UPNM hanya menyertai 15 jenis sukan iaitu Lawn Bowl, Sepak Takraw, Tenis, Hoki, Memanah, Renang, Bola Tampar, Silat dan Taekwondo bagi Fasa 1 (2 hingga 6 Februari 2018) manakala Menembak, Karate, Bola Jaring, Berbasikal, Ragbi dan Olahraga bagi Fasa 2 (5 hingga 10 Februari 2018).

1.3 Para atlet UPNM yang terpilih bagi menyertai Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 ini adalah atlet-atlet yang telah melalui sesi pemilihan yang dijalankan oleh jurulatih yang dilantik serta prestasi semasa Karnival Sukan MASUM 2017 yang lalu. Penyertaan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada atlet-atlet dalam mengharungi kejohanan yang lebih besar dan kompetatif.

LAPORAN PENYERTAAN

2.1 Kontinjen UPNM terdiri daripada 147 orang atlet dan 25 orang pegawai serta jurulatih terlibat pada kejohanan ini.

2.2 Kontinjen UPNM tidak menginap diperkampungan sukan di UKM dan hanya berulang alik dari UPNM ke UKM sepanjang kejohanan berlangsung.

KESIMPULAN

Kontinjen UPNM telah berjaya memungut 3 pingat Emas, 2 pingat Perak dan12 pingat Gangsa. Pingat-pingat tersebut telah di sumbang oleh melalui sukan Menembak (1 Emas dan 3 Gangsa), Olahraga (1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa), Silat (1 Emas dan 4 Gangsa), Karate (1 Perak dan 3 Gangsa) dan Taekwondo (1 Perak dan 1 Gangsa). Sukan Menembak, Olahraga, Silat, Karate dan Taekwondo telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Ini adalah satu pencapaian yang amat baik walaupun Kontinjen UPNM hanya menyertai 15 acara sukan daripada 27 acara sukan yang dipertandingkan. Ia juga masih boleh ditingkatkan jika lebih latihan ditekankan. Namun, prestasi yang ditunjukkan amat membanggakan dengan cabaran yang diberikan kepada setiap pasukan lawan yang ditemui. Lebih latihan akan ditekankan sebelum penyertaan pada kejohanan akan datang. Secara keseluruhan UPNM telah berjaya menduduki tempat ke-16 keseluruhan daripada 80 kontinjen yang mengambil bahagian bagi Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 di UKM.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR

Tarikh Kemaskini: 30 Oktober 2018