Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 November 2019 / 21 Rabiul Awal 1441
Tetapan

KEJOHANAN 9TH UPSI INTERNATIONAL SILAT CHAMPIONSHI

LAPORAN PENYERTAAN KE KEJOHANAN ‘9th UPSI INTERNATIONAL SILAT CHAMPIONSHIP 2018’ (PERAK CHIEF MINISTER CUP)

PENDAHULUAN

Kejohanan Pencak Silat berstatus antarabangsa ini adalah kali ke-9 telah dianjurkan dan berlangsung di Dewan Tuanku Canselor dan Arena UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Tanjung Malim pada 20 hingga 25 Mac 2018 yang lalu. Kejohanan tahunan ini mempertandingkan 3 kategori iaitu Tebuka Antarabangsa sebanyak 39 pasukan bertanding, Terbuka Remaja sebanyak 35 pasukan dan Terbuka IPT pula sebanyak 44 pasukan mengambil bahagian. Dianggarkan seramai 1,250 pesilat lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini. Kejohanan tahun ini juga telah mendapat pengiktirafan dari ‘Malaysia Book of Record’ dari aspek penyertaan sukan paling ramai di Malaysia. UPNM telah bertanding dalam kategori Terbuka IPT. Kebanyakan IPT yang bertanding merupakan pasukan-pasukan yang sering memberi saingan seperti PST SILAT UTHM, UUM, UM, Majlis Sukan Politeknik (MSP), Kolej Komuniti Pahang dan UPSI sendiri sebagai tuan rumah. Selain penyertaan IPT, beberapa pesilat UPNM juga beraksi bersama pasukan Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan 2 orang, MSN Selangor 2 orang dan MSN Perlis 1 orang.

LAPORAN PENYERTAAN

Pasukan UPNM telah membawa balik 4 Emas dan dinobatkan sebagai Tempat Ke-2 Keseluruhan IPT dari 44 pasukan IPT seluruh negara yang bertanding dan membawa balik wang tunai RM1000. Pasukan Pencak Silat UPNM telah menghantar 1 pasukan penyertaan dalam Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang melibatkan atlet seramai 25 atlet iaitu 14 lelaki dan 11 wanita.Keputusan yang telah dicapai pada keseluruhannya adalah memberangsangkan jika dinilai dari saingan penyertaan pasukan yang banyak. Kebanyakan acara yang disertai menyaksikan saingan yang hebat diberikan oleh pesilat-pesilat UPNM kepada pesilat yang lain.

KESIMPULAN

Pasukan Pencak Silat UPNM telah dinobatkan sebagai Tempat Ke-2 Keseluruhan Kategori IPT pada Kejohanan ‘9th UPSI International Silat Championship 2018’ (Perak Chief Minister Cup) dengan pungutan pingat keseluruhan 4 emas, dibelakang pendahulu keseluruhan iaitu pasukan UPSI A dengan pungutan pingat 6 emas 5 perak dan 6 gangsa. Manakala tempat ke-3 keseluruhan disandang oleh Pusat Sukan Tumpuan (PST) Silat IPT yang diterajui oleh UTHM dengan pungutan pingat 3 emas 2 perak 1 gangsa. Kejohanan ini adalah salah satu kejohanan utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama teknikal dari Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama yang baik dari semua pihak di UPNM terutama pihak Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Pihak Akademik, Pusat Kesihatan dan Unit Kenderaan juga menyumbang kepada kemenangan ini.

Tarikh Kemaskini: 30 Oktober 2018