Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 December 2019 / 16 Rabiul Akhir 1441
Tetapan

TENNIS NATIONAL CIRCUIT LEG 3 2018

LAPORAN PENYERTAAN ATLET TENIS KE TENNIS NATIONAL CIRCUIT LEG 3 2018

PENDAHULUAN

Kejohanan ini dianjurkan oleh Lawn Tennis Association Malaysia pada 24 hingga 29 April 2018 bertempat di Kompleks Tenis Jalan Tuanku Abdul Halim. Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, regu lelaki dan regu wanita. Pusat Sukan telah menghantar 6 orang atlet Tenis UPNM yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan seorang wanita. Kejohanan ini adalah terbuka dimana penyertaan adalah dikalangan pemain Tenis yang mempunyai seeded di Malaysia dan atlet dari luar negara.

LAPORAN PENYERTAAN

5 orang atlet Tenis UPNM telah menyertai acara perseorangan lelaki sehingga peringkat pusingan kedua sahaja. Begitu juga dengan atlet perseorangan wanita Tenis UPNM yang berjaya sehingga perlawanan pusingan kedua. Bagi acara regu lelaki, hanya satu pasangan regu berjaya ke pusingan kedua.

KESIMPULAN

Diharapkan melalui penyertaan kejohanan ini dapat memberi pendedahan kepada pemain Tenis dan peluang kepada mereka untuk mendapatkan seeded pada penyertaan kejohanan seterusnya seperti MASUM dan SUKIPT. Komitmen atlet Tenis UPNM terhadap latihan yang dijalankan diluar UPNM adalah sangat memberangsangkan, namun sekiranya gelanggang Tenis UPNM dapat diperbaiki, sesi latihan yang lebih efisyen akan dapat dicapai. Justeru itu, lebih ramai atlet Tenis UPNM akan dapat dihasilkan sekiranya sukan Tenis UPNM dapat dijadikan salah satu Sukan Pembangunan UPNM.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR

Tarikh Kemaskini: 30 Oktober 2018