Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
16 January 2019 / 10 Jamadil Awal 1440
Tetapan

MASUM 2018

KARNIVAL SUKAN MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM) FASA 1 2018, UMK

PENDAHULUAN

Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2018 telah berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa selaku tuan rumah pada 15 hingga 21 Julai 2018 yang lalu. Sebanyak 7 acara sukan dipertandingkan pada karnival kali ini iaitu Bola Baling (L & W), Bola Jaring (W), Bola Keranjang (3 lawan 3) (L & W), Catur (L & W), Sepak Takraw (L), Taekwondo (L & W) dan Silat (L & W).

LAPORAN PENYERTAAN

Kontinjen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengambil bahagian dalam 3 acara sukan sahaja iaitu Bola Jaring, Taekwondo (L & W) dan Silat (L & W). Barisan kontinjen UPNM terdiri daripada 2 Pegawai Sukan, 4 jurulatih (4 Lelaki), dan 36 atlet (13 Lelaki & 23 Wanita). Pasukan Bola Jaring telah layak sehingga ke saingan peringkat separuh akhir dan telah menduduki tempat ke-4. Bagi pasukan Taekwondo, telah memperoleh 2 gangsa manakala pasukan Pencak Silat telah berjaya mendapat 1 emas 2 perak dan 2 gangsa.

KESIMPULAN

Kontinjen UPNM MASUM Fasa 1 UMK 2018 telah menduduki tempat ke-7 daripada 20 Universiti Awam (UA) yang turut serta dengan memungut 1 emas, 2 perak dan 4 gangsa. Pingat yang diraih adalah melalui sukan Silat dan Taekwondo. Manakala pasukan Bola Jaring telah mendapat tempat ke-4 keseluruhan. Pasukan Pencak Silat telah meraih 1 Emas 2 Perak dan 2 gangsa. Tambahan pasukan Taekwondo telah menyumbangkan 2 gangsa pada tahun ini. Bagi sukan Bola Jaring pencapaian selaku pemenang tempat ke-4 iaitu layak sehingga separuh akhir adalah pencapaian yang membanggakan. Pada keseluruhannya, prestasi atlit-atlit UPNM di kejohanan ini adalah di tahap tidak memuaskan dan masih perlu dipertingkatkan. Tambahan pula, kebanyakan IPTA yang lain banyak menampilkan atlit-atlit SUKMA dan kebangsaan yang diserap masuk ke IPTA tersebut.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR

Tarikh Kemaskini: 30 Oktober 2018