Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 December 2019 / 16 Rabiul Akhir 1441
Tetapan

KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA POWPKL – MILO YANG KE

KEJOHANAN OLAHRAGATERBUKA POWPKL – MILO YANG KE- 31

PENDAHULUAN

Kejohanan ini telah berlangsung pada 4 hingga 5 Ogos 2018 di Trek Latihan MSN Bukit Jalil Kuala Lumpur. Kejohanan Olahraga Terbuka POWPKL – MILO yang ke-31 ini dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kejohanan ini menyaksikan pelbagai penyertaan daripada semua pihak iaitu Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara, Persatuan Olahraga Negeri, Majlis Perbandaran, Majlis Sukan Sekolah, Universiti Awam Malaysia, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Sukan dan Badan-Badan Kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

LAPORAN PENYERTAAN

Kelab Olahraga UPNM telah menghantar seramai 17 atlet yang terdiri daripada Pelajar Akademi Kecergasan Pertahanan UPNM. Penyertaan ke kejohanan ini adalah gabungan di antara atlet senior dan junior bagi tujuaan pembangunan atlet dan sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Sukan MASUM 2019 akan datang.

KEPUTUSAN

Keputusan yang telah dicapai pada kejohanan ini amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan tempoh latihan yang dijalankan secara singkat dan rekod pencapaian daripada kejohanan-kejohanan yang lepas. Kebanyakan acara yang disertai menyaksikan saingan yang hebat diberikan oleh atlet UPNM kepada pencabar-pencabar yang lain. Pasukan UPNM telah memperoleh 3 pingat Gangsa iaitu dalam acara 400 Meter lelaki, acara lontar peluru lelaki dan merejam lembing lelaki. Pasukan UPNM juga berjaya menempatkan atlet ke peringkat akhir dalam beberapa acara yang disertai. Ringkasan penyertaan atlet UPNM dalam kejohanan ini adalah seperti berikut:

BIL

NAMA

ACARA

KEPUTUSAN

PENCAPAIAN

1

Muhammad Alif Firdaus Bin Omar

400m

52.03s

Gangsa

2

Muhammad Aidil Bin Taufek

Lontar Peluru

14.19m

Gangsa

3

Ahmad Rustam Bin Razali

Merejam Lembing

52.46m

Gangsa

4

Muhammad Azlie Bin Mat Lazin

10km Jalan Kaki

56 minit 50 saat

5

Abdul Malik Bin Mohamad Affandi

200m

400m

26.02s

58.26s

6

Muhammad Faais Iqram Bin Che Musa

5000m

21 minit 18 saat

7

Muhammad Alif Amirullah Bin Azmi

Melempar Cakera

28.15m

8

Amirul Syafiqudin Putra Bin Baharudin

800m

1500m

2 minit 07 saat

4 minit 39 saat

9

Mohammad Zularsah Azrai Bin Harun

800m

1500m

2 minit 10 saat

4 minit 43 saat

10

Mohamad Syawalis Bin Abdul Razak

Lompat Jauh Lompat Kijang

5.95m

12.60m

11

Nik Aideil Eiman Bin Uslam

Lontar Peluru

10.30m

12

Ibrahim Bin Mohd Zaki

100m

200m

12.01s

24.14s

13

Mohamad Khairul Nizam Bin Kamaruzzaman

Lompat Jauh Lompat Kijang

5.95m

13.11m

14

Muhamad Izzat Bin Othman

Merejam Lembing Lompat Bergalah Melempar Cakera

43.64m

2.80m

18.00m

15

Nur Atiqah Sufiah Binti Md Hanizam

Melempar Cakera

43.06m

Ke-4

16

Siti Nuratirah Binti Mohd Razi

Lompat Jauh 200m

5.09m

29.50s

17

Nurul Izzah Binti Abdul Rahim

Lompat Jauh 200m

4.40m

30.87s

KESIMPULAN

Penyertaan pasukan UPNM ke kejohanan ini sedikit sebanyak membantu dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan, ini juga akan kami perbaiki melalui latihan-latihan yang dirangka oleh Pusat Sukan UPNM. Disamping itu, pasukan Olahraga UPNM dapat menilai tahap pasukan-pasukan yang bertanding bagi persiapan ke kejohanan akan datang. Adalah mengejutkan juga di mana atlet baru juga telah menunjukkan potensi yang baik di dalam kejohanan ini. Ini adalah permulaan yang baik dalam usaha Pusat Sukan UPNM merancang pembangunan sukan di UPNM dan meningkatkan pencapaian mutu persembahan pada Sukan MASUM 2019 pada tahun hadapan.

Tarikh Kemaskini: 30 Oktober 2018