12 Januari 2022 (Rabu) - Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KESUPNA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Penggal 2020-2023 bertempat di Aras 1 Dewan Bestari, bangunan Bestari UPNM. Mesyuarat tersebut di hadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Adnan Bin Mat, Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Yang Berusaha Encik Abdul Rahman bin Haji Mohd Nordin, Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebagai tetamu jemputan. Mesyuarat itu juga telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Bin Abdullah, Naib Canselor UPNM dengan kehadiran seluruh pengurusan tertinggi UPNM.