Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 August 2018 / 7 Zulhijjah 1439
Tetapan

UTAMA

Selamat Datang ... dan Salam 1Malaysia!

Pusat Bahasa (PB) adalah pusat akademik termuda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pada awal penubuhannya, PB dikenali sebagai Pusat Pengajian Umum dan Bahasa (PPUB). Walau bagaimanapun, disebabkan penstrukturan semula, satu jabatan iaitu Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan telah dipindahkan ke satu fakulti yang lain mulai 1 Jun 2012.

PB menyasarkan untuk mempromosi pengetahuan bahasa tanpa sempadan dan kompetensi yang diperlukan oleh bakal pegawai tentera dan pemimpin muda di Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh PB adalah bertaraf wajib universiti seperti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing (Jepun, Arab, Mandarin, Rusia, Sepanyol, dan Perancis). Pada masa akan datang PB bercadang menawarkan lebih banyak kursus-kursus yang berkaitan seperti pemikiran kritis, kesusasteraan bahasa, falsafah dan sebagainya.

PB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jabatan yang telah berpindah ke fakulti baharu. Dengan perpindahan ini, PB kini mempunyai 33 staf akademik dan 6 staf pengurusan serta sokongan. 2018 akan menyaksikan perkembangan yang lebih sihat dalam organisasi PB.

PB mengucapkan tahniah kepada empat orang staf akademik yang telah bertukar skim perkhidmatan mulai 2 Januari 2018. Mereka ialah Puan Erda Wati Bakar, Cik Belinda Marie Balraj, Puan Masdini Harina Ab Manan dan Puan Asniah Alias yang kesemuanya bertukar skim perkhidmatan dari DG44 Guru Bahasa Kanan ke DS45 Pensyarah Universiti. Semoga lebih cemerlang!

Tarikh Kemaskini: 27 Jun 2018