2 hari lagi!!

Nantikan Majlis Pelancaran Kempen Mesti Menang yang akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 3 Ogos 2021 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Platform : Facebook Rasmi KPT @MOHEOffcial

Kempen ini merupakan salah satu usaha KPT dalam membantu Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19. Kempen Mesti Menang ini direka untuk kita bersama-sama menyokong Program Imunisasi Nasional Covid-19.

Pengisian kempen ini turut merangkumi topik kesedaran pematuhan PKP, meningkatkan kefahaman dan menggalakkan orang ramai mendaftarkan diri untuk divaksin melalui aplikasi MySejahtera termasuklah juga klip-klip penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang kini sedang berjuang melawan penularan wabak Covid-19.

#KempenMestiMenang
#KPTPrihatin
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua