Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

KATA ALUAN

Selepas lapan tahun penubuhan Pusat Pengajian Umum dan Bahasa (PPUB), banyak peningkatan yang dapat dilihat dari aspek kualiti kursus yang ditawarkan, pembangunan sumber manusia dan perolehan aset PPUB. Apa yang lebih membanggakan, PPUB bakal menawarkan satu program akademik baharu, Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) dalam masa terdekat. Kelulusan daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia telah pun diperoleh, dan proses seterusnya adalah untuk mendapatkan kelulusan bertulis pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Walau bagaimanapun, atas kepentingan universiti, satu jabatan akademik, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan telah berpindah ke Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) mulai 1 Jun 2012. Bagi pihak semua ahli yang lain, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang berpindah keluar. Disebabkan perpindahan ini, nama pusat telah ditukar kepada Pusat Bahasa (PB).

Kepada pelajar-pelajar UPNM, kursus-kursus yang ditawarkan PB akan membantu pembinaan sahsiah diri anda sebagai bakal pegawai tentera dan bakal peneraju sektor awam dan swasta. Teruskan usaha untuk mencapai kegemilangan. Kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) (ZB03), anda semua merupakan pemangkin kepada generasi pemimpin intelektual berkarakter. Kepada kakitangan PB, jasa anda dalam mendidik anak bangsa sangat-sangat dihargai. Semoga usaha ini berterusan.

Tahun 2017 ini PB akan melahirkan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) yang pertama. Semoga bakal graduan program PB ini akan dapat berkhidmat dengan baik dan menyumbang kepada pembangunan negara apabila mereka bekerja nanti.

Akhir kata, selamat menjalankan tanggungjawab bersama dalam mencapai hasrat PB, universiti dan negara.

- Lt Kol Dr Muhammad Salim Muhammad Tufail (Bersara) –

Tarikh Kemaskini: 28 Ogos 2017