Pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah membuat Pemeriksaan Penguatkuasaan Dokumen KESUPNA seperti ketetapan berikut: 

Tarikh             : 23 Mei 2022 (Isnin) 

Masa              : 11.30 pagi 

Tempat           : Pejabat JHEKS Shah Alam Selangor 

Pemeriksaan dokumen oleh pihak JHEKS ini dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan kepatuhan pihak kesatuan dalam mentadbirurus dokumen terutama yang berkaitan dengan kewangan kesatuan.

Pihak MJK KESUPNA juga berkesempatan ke Bangunan CUEPACS untuk mengambil baju korporat Hari Pekerja yang disumbangkan oleh pihak CUEPACS kepada MJK KESUPNA. Semoga hubungan erat antara KESUPNA dan CUEPACS akan memberi manafaat kepada seluruh warga UPNM.