Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

SEJARAH

Pusat Pengajian Umum dan Bahasa (PPUB) adalah pusat akademik termuda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Universiti Pertahanan juga merupakan universiti awam termuda di Malaysia. Penubuhan PPUB dimulai dengan lantikan Pengarah Pusat pada tanggal 1 Mei 2008 dan seterusnya diikuti dengan pertukaran kakitangan yang mengajar kursus bahasa dari Pusat Asasi Pertahanan dan kursus umum dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan pada 1 Julai 2008. Kakitangan pengurusan dan sokongan pula mula melapur diri ke PPUB pada 10 Julai 2008.

PPUB mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk beroperasi secara rasmi pada bulan November 2008. Ini membolehkan PPUB maju selangkah ke hadapan dengan adanya peruntukan bajet dari Jabatan Bendahari UPNM. Dengan peruntukan yang diberikan, PPUB telah memohon untuk sebuah pejabat pentadbiran yang kini terletak di Aras 2, Bangunan Bestari.

Kini PPUB dikenali sebagai Pusat Bahasa (PB) mulai 1 Jun 2012.

Tarikh Kemaskini: 02 April 2013