Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PPUB yang sekarang dikenali sebagai PB ditubuhkan pada sesi akademik 2008/2009 dalam usaha untuk memantapkan organisasi dan pentadbiran universiti. Jumlah tenaga akademik adalah seramai 29 orang dan staf pengurusan dan sokongan seramai 4 orang.

Pengalaman pengajaran dan pembelajaran di universiti adalah secara bersemuka di dalam bilik kuliah atau tutorial. Kursus bahasa di sokong oleh satu makmal pandang dengar serta satu makmal multimedia dan bahasa yang dilengkapi dengan papan pintar, TV LCD, projektor, alat bantuan mendengar dan Tell Me More sebagai software pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Bilik kuliah guna sama yang terletak di Tingkat 2, 3, 4, 5, 9 dan 10.

Bilik Kuliah bagi Program Jangka Pendek Bahasa Perancis terletak di Tingkat 9, Bangunan Bestari. Bilik Kuliah ini dikawal selia sepenuhnya oleh PB dan boleh menempatkan 18 orang pelajar. Pada masa ini bilik ini digunakan sepenuh masa oleh Pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mengikuti Kursus Intensif Bahasa Perancis di UPNM.

Tarikh Kemaskini: 11 Mei 2017