PENGENALAN

 

Pada tahun 1995 UPNM dikenali sebagai ATMA dan pada masa itu Pusat Kesihatan dikenali sebagai Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) yang di kelolakan oleh pegawai perubatan  dan staf perubatan tentera. Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006. Pada 2008 PPAT telah beroperasi dengan wujudnya pegawai perubatan dan staf perubatan awam yang diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA). Pada 2009 PPAT telah di tukar nama kepada Pusat Kesihatan UPNM dan diletakkan di bawah Jabatan Pendaftar. Pusat Kesihatan beroperasi dengan kelolaan seorang pegawai perubatan awam dan seorang pegawai perubatan tentera ALK, dan dibantu oleh 12 staf perubatan. Manakala Pusat Pergigian dikelolakan oleh seorang pegawai pergigian dan dua orang staf pergigian.

 

WAKTU OPERASI

 

Isnin - Khamis : 08.00 pagi - 05.00 petang

Jumaat           : 08.00 pagi - 05.00 petang

                       (Rehat : 12.15 tengah hari - 02.45 petang)*

Seorang staf perubatan akan bertugas diluar waktu operasi bagi kes-kes kecemasan sahaja termasuk hujung minggu dan cuti umum.

*kes-kes kecemasan sahaja

 

VISI

 

UPNM sihat dan sejahtera

 

MISI

 

Mewujudkan satu organisasi kesihatan yang boleh memberi rawatan perubatan dan pergigian yang optima, berkualiti dan berharmoni kepada semua warga UPNM

 

OBJEKTIF

 

Menyediakan perkhidmatan perubatan, kesihatan awam dan pergigian yang meliputi perkara-perkara berkaitan rawatan pesakit luar, kecemasan dan perlindungan perubatan.
 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Kesihatan Awam – Preventif, Pendidikan Kesihatan, Promosi Kesihatan
  • Pemeriksaan Kesihatan – Pra-pekerjaan, Pra-pendidikan, Pemeriksaan Kesihatan  
  • Diagnostik – Makmal, ECG
  • Fisioterapi dan Rehabilitasi
  • Rawatan dan Observasi
  • Prosedur Mudah dan Pembedahan Minor
  • Klinik Pesakit Luar
  • Kecemasan (24 Jam)
  • Perlindungan Perubatan
  • Klinik di Luar waktu Pejabat (6pm- 10pm)
  • Day care clinic (Untuk kes-kes yang memerlukan pemerhatian tetapi tidak memerlukan rawatan tertiari)
  • Perkhidmatan X-ray dan ultrasound (dalam pembinaan)
  • Rawatan Asas Pergigian

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti:

  • Keutamaan akan kami berikan kepada kes kecemasan dan kritikal dan akan dirawat dengan kadar serta-merta;
  • Perkhidmatan perawatan akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya;

Jenis Pelanggan
 (Pesakit luaran/ulangan)

Indikator

Ibu mengandung

30 minit

Bayi / Kanak-kanak

15 minit

Warga emas

30 minit

Lain-lain kategori

60 minit (dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai perubatan yang bertugas ketika itu)

  • Memastikan semua ubat didispens di kaunter farmasi dalam tempoh 30 minit selepas menerima preskripsi
  • Memastikan semua kes rujukan ke hospital yang menggunakan ambulans dihantar serta merta selepas keadaan pelanggan stabil
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan
  • Memastikan aktiviti promosi kesihatan bagi setiap kumpulan sasar (pelanggan) yang khusus, 100% mengikut jadual yang ditetapkan dan
  • Memberi respons atau membalas segala aduan pelanggan secara bertulis atau emel kepada pengadu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.