Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
30 July 2015 / 13 Syawal 1436
Tetapan

HUBUNGAN ANTARABANGSA

PB sedang giat meluaskan jaringan kerjasama dengan universiti dan institusi luar dan dalam negara. Pada masa ini, PB dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) telah mempunyai hubungan kerjasama yang sangat baik bersama dua negara, Perancis dan China. Melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani, kerajaan Perancis melalui Kedutaan Perancis Kuala Lumpur menghantar dua Guru Bahasa Perancis bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut di Universiti. Kerajaan China juga melalui Beijing Foreign Studies Universiti dan Institut Kong Zhi telah menyediakan dua orang Guru Bahasa Mandarin bagi mengajar kelas Bahasa Mandarin di Universiti.

Lawatan UPNM ke Beijing Foreign Studies University pada 22-27 Mei 2011

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Intensif Bahasa Perancis bagi Pegawai Angkatan Tentera Malaysia Siri 2011 pada 21 Disember 2011. Kursus ini adalah dengan kerjasama Kedutaan Perancis Kuala Lumpur. Kursus sepenuh masa ini bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Disember.

Seminar Kepelbagaian Budaya dalam Operasi Pengaman - 22-27 Feb 2015. Pusat Bahasa terlibat dalam perundingan dan pembangunan modul program yang ditawarkan di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson

Lawatan UPNM ke Beijing Foreign Studies University dan Universiti Pertahanan Nasional China pada 19-24 April 2015

Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2015