Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

PENGENALAN

Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief Research Centre) telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan Februari 2017 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di bawah kuasa tanggungjawab Pejabat Naib Canselor UPNM. Sebagai salah satu pusat kecemerlangan di UPNM, Pusat Penyelidikan HADR menumpukan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pengurusan bencana, terutamanya dari segi pengurangan risiko bencana, dan juga perancangan tindakbalas kecemasan bagi agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta komuniti setempat.

Pada masa ini, Pusat Penyelidikan HADR mempunyai penglibatan dalam usaha kerjasama dengan pelbagai agensi, jabatan atau organisasi samada di peringkat nasional, serantau dan juga antarabangsa. Antaranya ialah:

• Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

• Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

• Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

• Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

• Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

• Markas Angkatan Bersama (MKAB) Angkatan Tentera Malaysia

• Universiti Putra Malaysia (UPM)

• Johor Petroleum Development Corporation (JPDC)

• United Nations World Food Programme (WFP)

• Pusat Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre)

International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC)

United Kingdom Space Agency (UKSA)

Janus TCD Ltd. (UK)

United States Pacific Command (USPACOM)


Tarikh Kemaskini: 15 November 2017